PANAGA, SERIA, Jumaat, 21 Ogos 2015 – Seorang anggota dari Batalion  Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Soldadu Bettroon bin Barayun telah melafazkan dua kalimah syahadah dan ikrar pengakuan islamnya hari ini.

Majlis pengilsmanan dimulakan dengan bacaan ayat- ayat suci Al-Quran dan seterusnya pengakuan lafaz dan ikrar pengislaman dihadapan Pegawai Pusat Dakwah Islamiah, Daerah Kuala Belait. Sld Bettroon bin Barayun, kini dikenali sebagai Muhd Zaqwan Al-Fikri bin Abdullah Barayun. Majlis pengislaman berlangsung di Jalan Parak, Rancangan Perumahan Negara Panaga, Seria iaitu rumah kediaman Pegawai Waran 2 Muhd Zaini bin Bayan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Turut hadir ialah Awang Haji Haris Bin Othman, Pegawai Daerah Belait, Pegawai-Pegawai ABDB dan ahli-ahli keluarga beliau.

Majlis diserikan lagi dengan laungan Dikir Marhaban, taburan bunga rampai dan penyampaian cenderahati oleh Tetamu Kehormat Majlis.

Majlis Pengislaman kali ini merupakan yang ke 8 bagi tahun ini dan yang ke 96 sejak tahun 2006. Ini menunjukkan bahawa cahaya dan syiar agama Islam semakin bersinar dan berkembang luas khususnya di kalangan warga ABDB.