
RIMBA, Friday 31 July 2015 - The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) takes great concerns of the welfare of its personnel and their families. A give-away ceremony for 77 special children of RBAF personnel took place at the Punai Hall of the Royal Brunei Air Force to commemorate the RBAF 54th Anniversary.
Present as the Guest of Honour was Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of RBAF.
The contribution came in the form of cash and gifts from Koperasi ABDB Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA), Yan-Nur Restaurant and Catering, Royal Brunei Air Force Fire Unit and RBAF Wives Welfare Committee (BAKTI).
This event is one of the social activities held annually in conjunction with the RBAF anniversary symbolising the caring attitude of the RBAF towards the special children and their commitment to the welfare of the community who needs help. At least with this contribution it helps to boost a spirit and a driving force in creating a caring society especially the younger generation in becoming a person of virtue.
Present at the ceremony as well were Services Commanders and Commandants, Directors, RBAF Officers and parents, guardians and relatives of the special children.
ABDB HULUR SUMBANGAN KEPADA 77 ORANG ANAK-ANAK ISTIMEWA
RIMBA, Jumaat 31 Julai 2015 - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan anggota-anggotanya dan ahli keluarga masing-masing. acara penyampaian sumbangan telah diadakan bagi 77 orang anak-anak istimewa anggota ABDB yang berlangsung di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke 54.
Hadir selaku tetamu kehormat adalah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB.
Sumbangan yang dihulurkan adalah berbentuk wang tunai dan hadiah dari Koperasi ABDB Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA), Restauran dan Katering Yan-Nur, Pasukan Bomba TUDB dan sumbangan dari BAKTI.
Acara ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang diadakan setiap tahun bersempena dengan Hari Ulang Tahun ABDB sebagai satu tanda pemedulian dan keprihatinan ABDB terhadap anak-anak istimewa serta komitmen terhadap kebajikan masyarakat yang memerlukan pertolongan.
Dengan adanya sumbangan ini akan dapat memberikan semangat dan pendorong didalam membentuk masyarakat penyayang terutama generasi muda untuk melahirkan modal insan yang sempurna.
Turut hadir adalah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-komandan, Pengarah-pengarah, Pegawai-Pegawai ABDB dan para ibu bapa, penjaga serta saudara-mara anak-anak istimewa.