BOLKIAH GARRISON, Friday 5 July 2015 - This morning the Ministry of Defence held a donation ceremony for 56 orphans (32 males and 24 females) under the age of 18 years old from families of Officers and Staffs of the Ministry of Defence. 

The ceremony was held at the Ministry of Defence Surau at Bolkiah Garrison.

The ceremony began with the recitation of ‘tahlil’ and ‘doa selamat’led by Imam Mohd Asdey Hazbullah bin Haji Mohd Zain, Imam of the Ministry of Defence Surau.

This was followed with the presentation of the donations by the guest of honour, Permanent Secretary of Defence, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar. The donations came in the form of cash and food goodies contributed by officers and staffs of the ministry.

Also present were Deputy Permanent Secretary, civilian directors, senior officers and officers and staffs of the ministry as well as families of the celebrated orphans. 





KEMENTERIAN PERTAHANAN HULUR DERMA KEPADA 56 ORANG ANAK YATIM


BOLKIAH GARISON, Jumaat 5 Julai 2015 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan satu majlis berkebajikan iaitu Majlis Penyampaian Derma  Anak-Anak Yatim bagi Pegawai dan Kakitangan Awam di Kementerian Pertahanan seramai 56 orang (32 orang lelaki dan 24 orang perempuan) yang berumur 18 tahun kebawah. Majlis telah diadakan di Surau Kementerian Pertahanan di Bolkiah Garison.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Mohd Asdey Hazbullah bin Haji Mohd Zain, Imam Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Seterusnya derma-derma anak yatim ini telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis iaitu Setiausaha Tetap Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar. Sumbangan derma ini adalah berupa wang ringgit dan bungkusan berisi makanan yang disumbangkan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan awam kementerian ini.

Turut hadir dalah Pengarah-pengarah Awam, pegawai-pegawai kanan dan pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan serta keluarga anak-anak yatim yang diraikan.