BOLKIAH GARRISON, Thursday, 25 June 2015
Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received courtesy calls from His Excellency Vladlen Semivolos, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of The Russian Federation, as well as His Excellency U Cho Htun Aung, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Union of Myanmar.

They were received in separate calls at the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison today.

During these calls, the discussion focused on the defence cooperation and future direction, as well as means towards increasing opportunities for exploring and enhancing further the scope and areas of defence cooperation that is mutually beneficial for Brunei Darussalam and these respective countries. RBAF Commander also congratulated both ambassadors on their new appointment as Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary to Brunei Darussalam.

His Excellency Vladlen Semivolos presented his Letters of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on the 9 March 2015 while His Excellency U Cho Htun Aung presented his Letters of Credence on the 21 May 2015.

 

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK PERSEKUTUAN RUSIA DAN MYANMAR

BOLKIAH GARISON, Khamis Jun 25, 2015 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat  daripada Tuan Yang Terutama Vladlen Semivolos, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Russia, dan juga Tuan Yang Terutama U Cho Htun Aung, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesatuan Myanmar.

Kunjungan hormat telah diadakan secara berasingan di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garrison hari ini.

Semasa kunjungan hormat ini, perbincangan tertumpu kepada kerjasama pertahanan dan hala tuju masa depan, dan juga cara meningkatkan peluang untuk meneroka dan meningkatkan lagi skop serta bidang kerjasama pertahanan yang saling bermanfaat bagi Negara Brunei Darussalam dan negara-negara masing-masing. Pemerintah ABDB juga turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua Tuan Yang Terutama atas perlantikan mereka sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak yang baru ke Negara Brunei Darussalam.

Tuan Yang Terutama Vladlen Semivolos telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya
pada 9 Mac 2015 manakala Tuan Yang Terutama  U Cho Htun Aung menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya pada 21 Mei 2015.