RIMBA, Wednesday, 24 June 2015 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) today celebrated its 49th anniversary at the Rimba Air Force Base. Guest of honor at the ceremony was the Commander or RBAirF, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi bin Haji Abd Latip.
The ceremony was held at the Punai Hall for both the Thanks Giving prayer and presentation of Awards of Excellence for RBAirF’s wings and personnel.
RBAirF Commander Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi also delivered a speech in commemoration of the anniversary at the ceremony where he highlighted that the RBAirF have shown positive improvements and achievements during 2014 and 2015 inclusive, such as re-organising the structure of the RBAirF particularly the establishment of components of the Operations Group and the Support Group as well as upgrading the Training Division into a Training Academy.
Bilateral exercises with other armed forces of friendly foreign countries, attending symposium and interaction programs have been carried out to enhance defence diplomacy relationships at the operational and tactics level. Among them are such as LATMA Brunesia Exercise with the Indonesian Air Force, CARAT exercises with the US Navy, Air Guard exercises with the Singapore Air Force,and Exercise SAREX BRUMAL with the Royal Malaysian Air Force.
The RBAirF Commander also informed that all Blackhawk S70i aircrafts have been received earlier this year and the numbers of trained pilots and technicians have also increased and has given positive impact to the needs of national requirement.
He also stressed the importance of training, discipline and vision of the RBAirF personnel where all trainings with significant interests must be properly planned and organized in order for the personnel to achieve the desired standards.
Accordingly, the RBAirF personnel are expected to have high level of discipline, both as a leader or those being led. The RBAirF also fully supports in upholding the laws of the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, and will take appropriate actions to any personnel who is found violating any of those rules.
The ceremony continued with the presentation of Awards for Excellent Wing which are divided into four categories: Excellence in Administration, Physical Endurance, Discipline and Excellent Wing overall. And this year’s winner in the overall Excellent Wing was the Training Wing.
Meanwhile the awards for Excellent Personnel in the RBAirF, for the ‘Officer’ category went to 718 Captain (U) Amierul Halpi bin Talip of the Air Regiment; ‘Senior Non-Commissioning Officer (SNCO)’ category to 15089 Sargent (U) Azuan Mohd bin Ismail from the Air Regiment, ‘Other Ranks’ category went to 21380 Corporal Nurizzah bte Haji Jumat from Training Wing whereas the Excellent Civilian Staff was awarded to Sarinah bte Haji Hidup from the Operations Wing.
The history of RBAirF dated back in 1965 when the contract with Worldwide Helicopters Company was signed for the purpose of providing medical services in remote areas. This marked the beginning of the history of aviation in the RBAF. The role of this organization has been greatly expanded in terms of assets and members and most important is the role for the security and prosperity of the RBAF and Brunei Darussalam.



TUDB SAMBUT HARI ULANG TAHUN KE 49 TAHUN
RIMBA, Rabu 24 Jun 2015 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) hari ini telah menyambut Hari Ulang Tahun ke 49 bertempat di Pangkalan Tentera Udara Rimba. Tetamu kehormat pada majlis ini adalah Pemerintah TUDB, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi bin Haji Abd Latip.
Majlis sambutan ini diadakan di Dewan Punai bagi kedua-dua acara Doa Kesyukuran dan penyampaian Anugerah Cemerlang bagi Cawangan dan Anggota-Anggota TUDB.
Pemerintah TUDB, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi juga menyampaikan ucapan sempena Hari Ulang Tahun TUDB ke 49 dimana beliau menekankan mengenai peningkatan positif dan pencapaian TUDB semasa tahun 2014/2015 seperti pengubahsuaian struktur organisasi TUDB di dalam penubuhan komponen Kumpulan Gerakan dan Kumpulan Bantu dan penaikan taraf Cawangan Latihan menjadi Akademi Latihan.
Latihan Dua Hala bersama Angkatan Sahabat, symposium dan juga program interaksi telah pun dijalankan bagi meningkatkan jalinan perhubungan diplomasi pertahanan di peringkat operasi dan taktik. Antaranya ialah seperti Eksesais LATMA Brunesia bersama Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara, Eksesais CARAT besama Tentera Laut Amerika Syarikat, Eksesais Air Guard bersama Tentera Udara Singapura, dan Eksesais SAREX BRUMAL bersama Tentera Udara Diraja Malaysia.
Pemerintah TUDB juga memaklumkan bahawa semua Pesawat Blackhawk S70i telah pun diterima pada awal tahun ini dan peningkatan jumlah Juruterbang dan Teknysen yang terlatih telah pun meningkat dan seterusnya memberi kesan positif memenuhi keperluan negara.
Beliau juga menekankan mengenai kepentingan latihan, disiplin dan wawasan anggota-anggota TUDB yang mana segala latihan yang berkepentingan mestilah dirancang dan diatur agar anggota-anggota nya mencapai piawayan yang dihasratkan.
Sehubungan itu, anggota-anggota TUDB diharapkan untuk mempunyai disiplin yang tinggi, baik di peringkat pemimpin atau pun yang dipimpin. TUDB juga menyokong penuh dalam menegakkan udang-undang kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam dan akan mengambil tindakan yang berpatutan kepada mana-mana anggota yang didapati melanggar apa apa jua peraturan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah-Anugerah Cawangan Cemerlang yang tebahagi kepada empat kategori iaitu Cawangan Cemerlang di bidang Pentadbiran, Ketahanan Jasmani, Disiplin dan Cawangan Cemerlang keselururuhan. Pada tahun ini Cawangan Cemerlang keseluruhan dimenangi oleh Cawangan Latihan.
Bagi Anugerah Anggota Cemerlang TUDB, kategori pegawai dianugerahkan kepada 718 Kapten (U) Amierul Halpi bin Talip daripada Rejimen Udara; kategori Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan kepada 15089 Sarjan (U) Mohd Azuan bin Ismail daripada Rejimen Udara, kategori PTB Rendah kepada 21380 Kopral Nurizzah bte Haji Jumat daripada Cawangan Latihan dan Pekerja Awam Cemerlang dianugerahkan kepada Sarinah bte Haji Hidup daripada Cawangan Gerakan.
Sejarah TUDB bermula pada 1965 apabila kontrak dengan Syarikat Worldwide Helicopters ditandatangani bagi tujuan memberikan perkhidmatan perubatan di kawasan pendalaman. Ini menandakan titik permulaan sejarah penerbangan di dalam ABDB. Peranan organisasi ini sudah banyak berkembang dari segi aset dan anggota dan yang utama sekali adalah peranan bagi tujuan keselamatan dan kesejahteraan ABDB dan Negara Brunei Darussalam.