BOLKIAH GARISON, Jumaat 5 Jun 2015 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan kerjasama Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia telah mengadakan Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pertahanan (Awam) kali ke 2 bagi tahun 2015.
Kejohanan yang diadakan di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison disertai sebanyak 7 pasukan.
Pada perlawanan akhir petang ini, Pasukan Penanjong ‘ A’ muncul juara setelah mengalahkan Pasukan Victorious (PPA Tutong dan Lumut). Di tempat ketiga disandang oleh Pasukan Penanjong ‘B’.
Tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah-hadiah kejohanan ialah Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan. Turut hadir ialah Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan.
Kejohanan ini bertujuan untuk mengalakkan pegawai dan kakitangan Awam Kementerian Pertahanan untuk bergiat cergas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan serta mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama di antara Jabatanarah.


