
PENANJONG GARISON, Ahad, 31 Mei 2015 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat menyaksikan Pameran Statik yang terdiri dari pelbagai kelengkapan dan keupayaan ketenteraan unit-unit ABDB dan meninjau beberapa fasiliti yang dipamerkan oleh Kementerian Pertahanan.
Juga berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB.
Kebawah DYMM dan DYTM dijunjung berangkat ke Mini Stadium bagi pameran Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan menyaksikan demonstrasi latihan ‘survival’ yang menunjukkan juruterbang pesawat menghadapi saat-saat kecemasan ketika berada di dalam hutan.
Pada pameran TUDB juga antara lain mempamerkan sejarah dan perkembangan TUDB, pameran pesawat terbaru TUDB, pesawat Blackhawk S70i dan pameran kelengkapan dari Skuadron Terjun Pembekal Udara Taktikal Tentera Udara Diraja Brunei (PAPDU) serta alat kelengkapan Pasukan Penyelamat Hutan atau Jungle Rescue Team.
Juga dipamerkan ialah keadaan situasi di Pos Kawalan Pertahanan Udara dan pameran pesawat-pesawat kawalan jauh bagi latihan penembakan pertahanan udara.
Seterusnya, Kebawah DYMM dan DYTM menyaksikan pameran kerjaya pengambilan ABDB, Jabatanarah Keanggotaan di Dewan Gerak Badan, Institut Latihan. Pameran kerjaya itu bertujuan untuk menarik minat generasi muda berkhidmat dengan ABDB dan Kementerian Pertahanan.
Kebawah DYMM dan DYTM juga berkenan menyaksikan pameran Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan juga berkenan menyaksikan klip video ‘Virtual Learning Environment’.
Kebawah DYMM dan DYTM seterusnya berkenan menerima junjung ziarah dari pegawai-pegawai tentera dari pelbagai negara yang sedang mengikuti Kursus Maktab Turus di Akademi Pertahanan di Perkhemahan Sungai Akar dan seterusnya melawat ke pameran Pusat Optima Kecergasan Tentera.
Kebawah DYMM dan DYTM dijunjung berangkat ke Kolam Renang, Institut Latihan bagi pameran Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Pameran menunjukkan sejarah dan perkembangan TLDB dan menyaksikan demonstrasi ‘Exorcet Missile Firing’, demonstrasi Memadam Kebakaran oleh Sekolah Latihan Teknikal TLDB dan Latihan Fisikal oleh Naval Surface Action Group
Sejurus selepas itu, Kebawah DYMM dan DYTM berkenan menyaksikan Pameran Statik dan Bazar Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) di Padang Bola
Di pameran ini, Kebawah DYMM dan DYTM berkenan menyaksikan dan mendengarkan penerangan ringkas tentang kombat memberikan bantuan dan perperangan. Juga mengambil bahagian ialah pameran dari Institut Latihan IL
)ABDB, Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB), Unit Inspektorat ABDB, Pusat Kounseling ABDB, Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT) dan Unit Polis Tentera ABDB. Turut mengambil bahagian ialah Jabatan Pengangkutan Darat dan Royal Brunei Technical
Sepanjang pameran ini orang ramai juga mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan junjung ziarah bersama Kebawah DYMM dan DYTM.
