PENANJONG GARISON, Jumaat 22 Mei 2015 – Dua orang anggota dari Kompeni Rekrut, Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pengambilan ke 154 telah melafazkan dua kalimah syahadah dan ikrar pengakuan islam iaitu 51241 Rekrut Azhari bin Raya dan 51222 Rekrut (L) Juhheree bin Jublin.

Majlis berlangsung di Surau Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Turut hadir bagi menyerikan majlis ialah Komandan Institu Latihan, Pegawai- Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB, Pegawai- Pegawai Pusat Dakwah Islamiah dan ahli-ahli keluarga beliau.

Majis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan seterusnya pengakuan lafaz dan ikrar pengislaman dihadapan Pegawai Pusat Dakwah Islamiah, Daerah Tutong. Majlis diserikan lagi dengan Laungan Dikir Marhaban dan taburan bunga rampai oleh Tetamu Kehormat Majlis dan para jemputan yang hadir.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Pemerintah ABDB kepada saudara-saudara baru yang diraikan. Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Kapten Ariffin Bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB.

Rekrut Azhari bin Raya telah memilih nama islam beliau sebagai Muhammad Habib Azhari bin Raya manakala Rekrut (L) Juhheree bin Jublin telah memilih nama islam beliau sebagai Muhammad Rizqullah Firdaus bin Jublin.

Majlis pengislaman kali ini merupakan majlis pengislaman yang keenam dan ketujuh bagi tahun 2015. Ini menandakan bahawa cahaya ugama Islam semakin bersinar dan berkembang luas di kalangan anggota ABDB.