KG PULAIE, Wednesday 20 May 2015 – Royal Brunei Armed Forces (RBAF) successfully completed a charity project dubbed ‘Titian Amal’ at Pusat Bahagia Brunei and Muara, Kampong Pulaie. The annual ‘Titian Amal’ project was held in conjunction with this year’s RBAF 54th Anniversary as part of a communal event organised through charitable donations and services extended to the local community in Brunei Darussalam, especially for those who need help.

The handing over ceremony of the project was held this morning by the guest of honour, Commander of the RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, to the representative of Pusat Bahagia, Community Development Department, Ministry of Culture, Youth and Sports (KKBS).

The project that focused on repairing the centre’s ‘Green House’ hut  began in early May this year and it took  18 days to be completed.

Chairman of the Titian Amal Project of the RBAF 54th Anniversary, Major (L) Haji Norbahrin bin Hj Muamad said that “the project was selected by members of the Highest Committee upon continuation of the previous Titian Amal Project in conjunction with the RBAF 41st  Anniversary held in 2002 that  was to beautify the compound of Pusat Bahagia.” He also said “in sincerely providing beneficial efforts which are fitting to the project’s name ‘Titian Amal’, this project also generate towards increasing knowledge of the next generation with visions.”

The guest of honour also presented the Handover Certificate of Titian Amal Project and a Certificate of Appreciation to donors who gave assistance to this project. To bless the Ceremony, a Doa Selamat was recited by the Assistant Head of the RBAF Religious Department (JAMA’AT), Captain Ustaz Ariffin bin Amit. After the handover event and official closure of the project, the guest of honor was taken to review the repair works of the Green House.   

This project was executed by members of the RBAF comprising of Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy and the Royal Brunei Air Force as well as Systematic Engineering Company. The Green House will be used by students from the Pusat Bahagia to learn about the different types of flowers in the country and also from abroad.

Among present at the ceremony were the Deputy Commander of RBAF, Services Commanders, the Joint Forces Commander of RBAF, Military Directors, Commandants, Chairman of the highest Committee of the RBAF 54th Anniversary, Senior Special Duties Officer, KKBS, Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, KKBS Directors, representatives of the company’s managers of Systematic Engineering Sdn Bhd, Lord, Lim Teik Jin as well as officers and invited guests.


ABDB SERAH PROJEK TITIAN AMAL PENGUBAHSUAIAN

PONDOK ‘GREEN HOUSE’ PUSAT BAHAGIA

KG PULAIE, Rabu 20 Mei 2015 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya mengungkayahkan Projek Titian Amal di Pusat Bahagia Brunei dan Muara, Kampung Pulaie di sini.

Projek tahunan Titian Amal diadakan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-54 pada tahun ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan melalui sumbangan dan perkhidmatan kebajikan yang dihulurkan kepada masyarakat di Negara Brunei Darussalam terutamanya bagi mereka yang memerlukan bantuan.

Majlis penyerahan projek telah disempurnakan pada pagi ini oleh tetamu kehormat majlis, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB kepada wakil dari Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS).

Projek yang menumpukan kepada  membaik pulih semula pondok Green House yang terdapat di pusat ini bermula pada awal bulan Mei tahun ini dan telah mengambil masa selama 18 hari sehingga terbinanya pondok ini.

Pengerusi Projek Titian Amal Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-54, Mejar (L) Haji Norbahrin bin Haji Muamad dalam ucapannya memaklumkan bahawa “Projek yang dilaksanakan dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Tetinggi atas kesinambungan Projek Titian Amal yang lalu bagi mencantikkan kawasan Pusat Bahagia sempena Hari Ulang Tahun ABDB yang ke-41 pada tahun 2002.” Beliau juga menyatakan “Dalam menyumbang penuh keikhlasan memberikan usaha yang bermanfaat sesuai dengan projek diberi nama Projek Titian Amal, projek ini juga menjana kearah peningkatan ilmu selaku generasi berwawasan.”

Tetamu kehormat juga turut menyerahkan Sijil Penyerahan Projek Titian Amal dan menyampaikan Sijil Penghargaan kepada para penyumbang yang memberikan bantuan kepada projek ini. Untuk memberkati majlis, Doa Selamat telah dibacakan oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Kapten Ustaz Ariffin bin Amit. Selepas menyempurnakan acara penyerahan dan penutupan rasmi projek, tetamu kehormat dibawa untuk meninjau kerja-kerja membaik pulih Green House tersebut.

Projek ini telah dilaksanakan oleh gabungan-gabungan anggota-anggota ABDB daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei dan Tentera Udara Diraja Brunei serta Syarikat Kejuruteraan Sistematik. Green House ini akan digunakan oleh pelajar-pelajar dari Pusat Bahagia bagi mengenali jenis bunga-bunga yang terdapat di dalam negara dan juga dari luar negara.

Diantara yang hadir di majlis ini ialah Timbalan Pemerintah ABDB, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Markas Angkatan Bersama ABDB, Pengarah-pengarah Tentera, Komandan-Komandan, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi HUT ABDB ke 54 tahun, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, KKBS, Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Pengarah-Pengarah KKBS, Wakil Pengurus Syarikat Kejuruteraan Sistematik Sdn Bhd, Tuan Lim Teik Jin serta  pegawai-pegawai dan para jemputan.