BELAIT, Ahad, 10 Mei 2015 – Penduduk Kampung Labi dan sekitarnya berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan sempena Jerayawara Perkhidmatan Kesihatan yang diadakan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Antara perkhidmatan yang diadakanialah rawatan gigi oleh Anggota Khidmat Perubatan, Pergigian dan Pusat Optima Kecergasan Tentera ABDB.
Jerayawara ini juga dibantu oleh Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
Jerayawara yang melibatkan seramai 54 anggota ABDB diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Labi, Kampung Labi II diketuai oleh Kolonel Dr Mohd Hafizul bin Haji Mohd Hassan, Ketua Pegawai Perubatan ABDB.
Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Penghulu Mukim Labi, Awang Hanapi bin Mohd Siput.
Acara dimulakan dengan senamrobik beramai-ramai sebelum aktiviti promosi kesihatan bermula.
Objektif jerayawara diadakan untuk mempromosikan kesihatan badan, kesihatan mulut dan cara hidup sihat sebagai inisiatif kemasyarakatan ABDB sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-54 Tahun.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan kesihatan badan, Body Mass Index, tekanan darah tinggi, kadar gula dalam darah, suntikan JE dan konsultasi bersama pegawai doktor perubatan.
Selain itu, orang ramai juga boleh membuat pemeriksaan dan rawatan pergigian, kesihatan mulut, gigi dan gusi selain rawatan asas pergigian.
Jerayawara juga mempamerkan demonstrasi rawatan kecemasan dan ‘basic life support’ (BLS) oleh ahli paramedik ABDB, taklimat promosi kesihatan pergigian dan mulut oleh Higinis Pergigian ABDB.
Acara dimeriahkan juga dengan aktiviti Puppetshow mengenai kesihatan pergigian kanak-kanak dan tunjuk ajar tatacara pembersihan gigi harian bagi menarik perhatian mereka untuk membuat pemeriksaan gigi oleh jururawat pergigian kanak-kanak ABDB.
Sehari sebelum pelancaran jerayawara tersebut pengasapan (fogging) di kawasan Kampung Labi untuk membunuh nyamuk oleh ahli Hygiene ABDB di sekitar Kampung Teraja dan Kampung Mendaram Besar.

