TUTONG, Jumaat, 1 Mei 2015 – Seorang anggota tentera, 18698 Sld Hadi Ashley bin Peranchis dari Platun Semboyan, Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah melafazkan dua kalimah syahadad dan ikrar pengakuan islamnya hari ini.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Majis pengilsmanan dimulakan dengan bacaan ayat- ayat suci Al-Quran dan seterusnya pengakuan lafaz dan ikrar pengislaman dihadapan Pegawai Pusat Dakwah Islamiah, Daerah Tutong. Majlis diserikan dengan Laungan Dikir Marhaban dan penyampaian cenderahati oleh Pemerintah ABDB.
Sld Hadi Ashley bin Peranchis kini dikenali sebagai Muhammad A’isy Qaiser Bin Abdullah Peranchis sebagai nama Islam beliau. Majlis pengislaman berlangsung di Kampong Rambai, Tutong.
Turut hadir ialah Awang Haji Hairul Rizal bin Haji Yahya, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong, Yang Berhormat Awang Ramli bin Haji Lahit, Penghulu Mukim Telisai, Pegawai-Pegawai ABDB dan ahli-ahli keluarga beliau.

Gambar Ihsan dari Jabatan Penerangan, JPM