SINGAPORE, Thursday 30 April 2015 – The eight Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Gurkha Reserve Unit (GRU) relief effort team to Nepal arrived in Singapore last night where they joined Singapore Armed Forces (SAF) personnel from the Changi Regional Humanitarian Assistance and Disaster Relief Coordination Centre (RHCC) and departed for Kathmandu this morning on board the Republic of Singapore Air Force (RSAF) C-130 aircraft.
On board the aircraft were sustenance and medical supplies, six additional SAF personnel from RHCC and the RBAF personnel in the OPERASI KUKRI mission. The RBAF personnel will join the SAF medical team deployed to Gokarna town.
Both RBAF and SAF will work alongside in providing medical assistance to the earthquake victims there in Nepal. This team will assist the Nepalese disaster management authorities and military in coordinating the relief effort.
The engagement of the RBAF personnel to the RHCC demonstrates the excellent defence ties between the SAF and RBAF.
Photos Courtesy of SAF

PASUKAN BANTUAN ABDB BERTOLAK KE NEPAL BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA SINGAPURA KE NEPAL
SINGAPURA, Khamis 30 April 2015 – Pasukan bantuan kemanusian ke Nepal dari anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan pasukan Unit Simpanan Gurkha (GRU) seramai lapan orang yang bertolak semalam tiba di Singapura malam tadi.
Mereka akan menyertai anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dari Pusat Bantuan Kemanusiaan dan Penyelarasan Bantuan Bencana Serantau Changi dan berlepas ke Kathmandu pagi ini dengan menaiki pesawat C-130 Angkatan Tentera Udara Singapura.
Pesawat tersebut membawa bekalan keperluan dan perubatan, serta enam pegawai SAF dari Pusat Bantuan Kemanusiaan dan Penyelarasan Bantuan Serantau Changi (RHCC) dan anggota ABDB dalam OPERASI KUKRI ini. Para anggota ABDB akan menyertai pasukan perubatan SAF yang dikerahkan ke bandar Gokarna, di mana kedua-dua angkatan tentera akan bekerjasama untuk menyediakan bantuan perubatan kepada para mangsa gempa di Nepal.
Pasukan ini akan membantu pihak berkuasa pengurusan bencana Nepal dan tentera dalam menyelaraskan usaha bantuan itu nanti.
Pengerahan anggota ABDB kepada RHCC menunjukkan hubungan pertahanan yang sangat baik antara ABDB dan SAF.