BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday 29 April 2015 – Brunei Darussalam, in particular the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) is sending a team of one RBAF medical officer, four RBAF paramedics and three personnel from the Gurkha Reserve Unit (GRU) to Nepal to support the humanitarian relief assistance after a 7.8-magnitude earthquake struck the country last Saturday, 25 April 2015 which left more than 5, 000 dead and more than 10,000 injured.

This relief effort mission is codenamed ‘OPERASI KUKRI’.

The OPERASI KUKRI team is led by Lieutenant Colonel Dr Muhd Hiza Wardy bin Haji Abd Halim.

It is made up of Sargeant Mahadir bin Sata, Corporal Mohd Luqueminol Hakimi bin Haji Ahmad, Lans Corporal Mohd Hafedi bin Kunal and Corporal Muhd Hidayat bin Abu Bakar, whom  are from the Combat Service Support Royal Brunei Land Force (RBLF).

Meanwhile personnel from GRU are Major Bishankumar Rai Dewan, Dr Santosh Giri and Sargeant Gorakh Raj Rai.

All these personnel will support in medical aid and other disaster relief effort.

The Brunei relief contingent to Nepal received a sending-off ceremony and presentation of Brunei Darussalam’s Flag this afternoon at the Brunei International Airport, Berakas. Once they arrive in Nepal, they will join other humanitarian volunteers and emergency service crews.

One of the many efforts undertaken by RBAF to enhance its capabilities is its effective contributions to peace missions and human relief efforts both domestically and internationally. Hence this relief effort to Nepal is part of the country’s contribution to the global community consistent with the emphasis stipulated in the Defence White Paper as well as its initiative to keep defence diplomacy among friendly nations alive.

His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam as the Minister of Defence and Supreme Commander of the RBAF during the RBAF 49th anniversary in a titah, underscored the importance of participating in international operations as a way to develop the capabilities of the RBAF. His Majesty expressed the wish to see a continuation in RBAF’s involvement in overseas peacekeeping missions. His Majesty stated that it would benefit Brunei’s diplomatic relations with other countries in the field of defence. “Our contributions in these teams have placed Brunei as a contributor to international security,” said His Majesty.

Present at the sending-off ceremony were Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Deputy Ministry of Defence, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of RBAF, and other members of the Defence Executive Committee.

 




ABDB HANTAR PASUKAN BANTUAN KE NEPAL


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 29 Aril 2015 – Negara Brunei Darussalam, khususnya Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghantar satu pasukan terdiri daripada seorang pegawai perubatan ABDB, empat orang anggota paramedik ABDB dan tiga orang anggota Unit Simpanan Gurkha ke Nepal untuk mendokong dalam bantuan kemanusiaan.

Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Sabtu, 25 April 2015 telah mengorbankan lebih daripada 5,000 orang dan lebih 10,000 yang cedera. Misi bantuan kemanusiaan ini diberinama ‘OPERASI KUKRI’.

Pasukan ‘OPERASI KUKRI’ ini diketuai oleh Leftenan Kolonel Dr Muhd Hiza Wardy bin Haji Abd Halim. Mereka terdiri daripada Sarjan Mahadir bin Sata, Kopral Mohd Luqueminol Hakimi bin Haji Ahmad, Lans Kopral Mohd Hafedi bin Kunal dan Kopral Muhd Hidayat bin Abu Bakar, dari Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Manakala anggota dari Unit Simpanan Gurkha ialah Mejar Bishankumar Rai Dewan, Dr Santosh Giri and Sarjan Gorakh Raj Rai.

Kesemua anggota ini akan memberikan bantuan rawatan dan perubatan serta lain-lain usaha bantuan bencana.

Upacara pemerigian dan penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam kepada Kontinjen bantuan kemanusian ke Nepal telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas. Setibanya mereka di Nepal nanti, mereka akan menyertai sukarelawan kemanusiaan dan krew perkhidmatan kecemasan yang lain.

Salah satu usaha yang diambil oleh ABDB bagi meningkatkan keupayaannya adalah sumbangan yang berkesan kepada misi keamanan dan usaha-usaha bantuan manusia baik di peringkat domestik dan antarabangsa. Oleh itu usaha bantuan kemanusiaana ke Nepal ini adalah sebahagian daripada sumbangan negara kepada masyarakat global selaras dengan penekanan yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan serta inisiatif untuk menjaga hubungan diplomasi pertahanan di kalangan negara-negara sahabat.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi ABDB bertitah semasa Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke 49 menekan mengenai pentingya penglibatan didalam operasi-operasi luar Nngara untuk memperkembangkan keupayaan ABDB. Baginda berhasrat agar penglibatan misi-misi keamanan di luar negara diteruskan kerana manfa’atnya adalah cukup besar, bukan saja bagi anggota yang terlibat dan ABDB sendiri, malahan juga bagi Negara dibidang diplomasi pertahanan. “Sumbangan kita didalam pasukan-pasukan ini meletakkan Brunei Darussalam selaku penyumbang terhadap keselamatan antarabangsa,” titah Baginda.

Hadir di upacara pemerigian adalah Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB dan Ahli-Ahli Komiti Eksekutif Pertahanan.