JERUDONG, Wednesday 22 April 2015 – In celebration of World Health Day, the Ministry of Defence in collaboration with Jerudong Park Medical Centre (JPMC) Gleneagles has organized a presentation on “Cardiac Awareness” for the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces this afternoon.

The guest of honour at this talk was the Permanent Secretary of Ministry of Defence, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar.


The speakers are made up of Consultant Cardiologist, Dr. Thirunavukkarasu Ganesan, Director of Non-Invasive Cardiology and GJPMC Dietician Ms Nor Arfah bin Mohd Taib.


Dr. Thirunavukkarasu Ganesan in his speech said heart disease is the second leading cause of death in Brunei Darussalam.


He also shared his knowledge about heart disease, particularly coronary artery disease, how to prevent it and the treatments used to treat heart patients.


While Mrs. Nor Arfah explain about healthy lifestyle and eating plan to lower our risk for heart disease and prevention of heart disease from worsening.


Gleneagles JPMC also conducted free health checks for all personnel who attended the presentation.


Also present at the presentation were Deputy Permanent Secretaries, Civilian dan Military Directors, Senior Officers, Officers, staffs and personnel of Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces. 


The presentation was held at the Conference Hall BRIDEX in Jerudong.

WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB DIBERI TAKLIMAT
MENGENAI “KESEDARAN PENYAKIT JANTUNG”


JERUDONG, Rabu 22 April 2015 – Sempena
menyambut Hari Kesihatan Sedunia, Kementerian Pertahanan dengan
usahasama Jerudong Park Medical Centre (JPMC) Gleneagles telah
menganjurkan satu majlis taklimat mengenai “Kesedaran Penyakit Jantung”
bagi warga Kementerian Pertahanan dan Angakatan Bersenjata Diraja Brunei
pada petang ini.

Tetamu
Kehormat di majlis taklimat ini ialah Setiausaha Tetap Kementerian
Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar.

Para
penceramah terdiri daripada Konsultan Kardiologi, Dr. Ganesan
Thirunavukkarasu, Pengarah Jantung Tidak Invasif dan Pakar Diet, Puan
Nor Arfah bin Mohd Taib. 

Dr.
Ganesan Thirunavukkarasu dalam ceramahnya berkata penyakit jantung
merupakan punca utama kedua kematian di Negara Brunei Darussalam.

Beliau
juga berkongsi pengetahuan mengenai penyakit jantung khususnya penyakit
arteri koronari, cara-cara untuk mencegahnya dan rawatan yang digunakan
untuk merawat pesakit jantung.

Sementara
Puan Nor Arfah menerangkan mengenai keselamatan dan kesihatan makanan
dan kaedah pengambilan sukatan makanan yang sihat. 

JPMC Gleneagles juga menjalankan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk orang ramai yang menghadiri taklimat tersebut.

Turut
hadir di majlis taklimat ini ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap,
Pengarah-Pengarah Awam dan Tentera, Pegawai-Pegawai Kanan,
Pegawai-Pegawai serta staff dan anggota Kementerian Pertahanan dan
ABDB. 

Majlis Taklimat diadakan  di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.