ISTANA SINGAPORE, Wednesday 22 April 2015 – In a succession of senior military appointments, and as Commander of the Royal Brunei Armed Forces since January 2014, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah was conferred Singapore’s highest military award, the Darjah Utama Bakti Cemerlang (Tentera) or Distinguished Service Order (Military), by President Tony Tan Keng Yam. The event was held at the Istana Singapore yesterday 21 April 2015.
Yang Dimuliakan Pehin received the award for his role in enhancing defence relations between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the Singapore Armed Forces.
In addition, Yang Dimuliakan Pehin has played a crucial role in forging closer ties between the Royal Brunei Armed Forces Defence Academy and SAFTI Military Institute, which has further enhanced the professional development of officers from both armed forces. Yang Dimuliakan Pehin has also continued to support long-standing initiatives, such as the cross attendance of courses by officers from both sides. Such exchanges have further strengthened the long-standing friendship between the two armed forces.
With the commander at the helm of RBAF, the interaction and cooperation between both armed forces also grown in strength through bilateral exercises such as Maju Bersama, Pelican and Air Guard, as well in supporting the Senior Officers Interaction Programme and the Scholars’ Development Programme. These have further enhanced the professional development of officers from both armed forces.
Guests at the investiture included Minister of Defence, Republic of Singapore, Dr Ng Eng Hen; Chief of Defence Force Lieutenant-General Ng Chee Meng as well as senior government officials and military officers from Brunei and Singapore.
As part of his visit, Yang Dimuliakan Pehin also called on the Chief of Defence Force and Minister of Defence, Republic of Singapore at MINDEF.


PEMERINTAH ABDB DIKURNIAKAN DENGAN DARJAH UTAMA BAKTI CEMERLANG (TENTERA)
ISTANA SINGAPURA, Rabu, 22 April 2015 – Sepanjang pelantikan jawatan-jawatan kanan tentera, dan selaku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sejak Januari 2014, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah telah dikurniakan dengan Anugerah Ketenteraan Tertinggi Singapura, iaitu Darjah Utama Bakti Cemerlang (Tentera) atau Distinguished Service Order (Military) oleh Presiden Tony Tan Keng Yam.
Upacara pengurniaan berlangsung di Istana Singapura pada 21 April 2015.
Yang Dimuliakan Pehin menerima anugerah itu atas peranannya dalam meningkatkan hubungan pertahanan antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Angkatan Bersenjata Singapura.
Disamping itu, Yang Dimuliakan Pehin telah memainkan peranan penting dalam menjalinkan hubungan yang lebih erat antara Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Institut Tentera SAFTI dan yang telah meningkatkan lagi pembangunan profesional pegawai dari kedua-dua angkatan tentera. Yang Dimuliakan Pehin juga terus menyokong inisiatif-inisiatif yang sudah lama dibena, seperti pertukaran kursus oleh pegawai-pegawai dari kedua-dua belah pihak. Pertukaran seperti ini telah mengukuhkan lagi persahabatan yang lama terjalin antara kedua-dua angkatan tentera.
Dalam usaha beliau sebagai Pemerintah yang menerajui ABDB, interaksi dan kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera juga berkembang dengan kukuh melalui latihan dua hala seperti Eksesais Maju Bersama, Pelican dan Air Guard, dan juga dalam menyokong Program Pembangunan Biasiswa dan Program Interaksi Pegawai-Pegawai Kanan. Usaha ini telah meningkatkan lagi pembangunan profesional pegawai dari kedua-dua angkatan tentera.
Tetamu-tetamu di upacara pengurniaan ini termasuk Menteri Pertahanan Republik Singapura, Dr Ng Eng Hen; Panglima Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Leftenan-Jeneral Ng Chee Meng dan juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai tentera dari Brunei dan Singapura.
Sebahagian daripada lawatan ini ialah Yang Dimuliakan Pehin juga mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Turus Pertahanan dan Menteri Pertahanan Republik Singapura di Kementerian Pertahanan.