RIMBA, Jumaat, 27 Mac 2015 – Seorang anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) beserta ahli keluarga beliau telah melafazkan dua kalimah syahadad dan ikrar pengakuan islamya bagi 13620 Staf Sarjan (U) Sukat bin Indab. Majlis berlangsung di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Turut hadir bagi menyerikan majlis ialah Pemerintah TUDB, Pegawai- Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan, Pegawai-Pegawai Kanan TUDB, Pegawai Pusat Dakwah Islamiah dan ahli-ahli keluarga beliau.
Majis dimulakan dengan bacaan ayat- ayat suci Al-Quran dan seterusnya pengakuan lafaz dan ikrar pengislaman Staf Sarjan (U) Sukat Bin Indab beserta keluarga beliau dihadapan Pegawai Pusat Dakwah Islamiah, Daerah Brunei Muara. Majlis diserikan dengan Laungan Dikir Marhaban dan taburan bunga rampai oleh Tetamu Majlis.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Pemangku Pemerintah ABDB kepada anggota dan keluarga yang diraikan. Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Kapten Ustaz Ariffin Bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB.
Staf Sarjan (U) Sukat bin Indab telah memilih nama Muhammad ‘Izzul Islam Bin Abdullah Indab sebagai nama Islam beliau. Beliau pada masa ini bertugas di Skuadron 67, Cawangan Latihan TUDB, Berakas Garison.
