
BOLKIAH GARISSON, Jumaat, 20 Mac 2015 – Program Induksi bagi Pegawai dan Kakitangan Awam telah berakhir kelmarin dengan penyampaian Sijil oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Awang Nor Aidil bin Haji Abu Bakar.
Program Induksi Kementerian Pertahanan Siri 6 ini telah di hadiri oleh 35 orang pegawai dan kakitangan awam dari divisyen II hingga V selama 4 hari mulai 16 Mac 2015 hingga 19 Mac 2015.
Beberapa siri taklimat telah disampaikan termasuklah Tatacara Perancangan Kewangan yang telah disampaikan oleh Dayang Rozielawati binti Haji Jamil, Penolong Pengurus Wealth Management Unit, Bank Islam Brunei Darusssalam. Selain itu, para peserta juga diberikan peluang untuk membuat lawatan pengenalan ke Markas Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba dan Markas Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garisson.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan asas pengenalan kepada pegawai dan kakitangan awam mengenai organisasi dan peranan Kementerian Pertahanan dan Jabatanarah-Jabatanarah di bawahnya termasuk peranan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Disamping itu juga, program ini diharapkan dapat memberi kefahaman mengenai etika kerja dan keselamatan di tempat kerja.

