VIETNAM, Jumaat 28 November 2014 – Pasukan Penembak Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mencatat pencapaian yang cemerlang dengan mengutip 2 pingat perak dan 5 pingat gangsa dalam kejohanan The 24th ASEAN Armies Rifle Meet (24th AARM).

Kejohanan Menembak AARM kali ke 24 berlangsung di Vietnam.

Pungutan sebanyak 7 pingat merupakan pungutan yang terbanyak sejak penyertaan Pasukan Penembak TDDB pada kejohanan menembak elit dirantau ASEAN ini.

Pada penyertaan tahun ini Pasukan Penembak TDDB berjaya mempamerkan satu prestasi dan pencapaian cemerlang yang seterusnya meraih pingat khusus bagi perlawanan GPMG Match, Rifle Match dan Pistol Men Match.

Pembukaan rasmi kejohanan menembak ini telah berlangsung pada 19 November 2014 yang turut dihadiri oleh Kolonel Pengiran Dato Aminan sebagai tetamu undangan acara tersebut. Manakala bagi acara penutup yang berlangsung pada 28 November 2014, dihadiri Kolonel Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, wakil Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei.

Pemenang bagi Pingat Perak adalah melalui acara Rifle Match 4 dan Machine Gun Single Team Championship:

Penembak Repal:
16071 Kpl Mas Azi Masuzi bin Haji Mohd Ali Safar
16637 LKpl Mohd Saiful Rizal bin Haji Abd Razak
16753 LKpl Mohd Noor bin Haji Nordin
16858 LKpl Azian bin Tanam
17356 Sld Mohd Mushab bin Awg Bujang
19006 Sld Shafwan Hilmi bin Mohaimin

Penembak GPMG:
17381 Sld Mohd Erwan bin Mohd Hilmi
17357 Sld Samsul bin Sulong

Pemenang bagi Pingat Gangsa adalah melalui acara Pistol Man Match 4:
12290 Kpl Khairulizam bin Bagol
17013 Sld Eddy Kesuma bin Awg Omar
15007 Kpl Usmarizal bin Haji Usin
19287 Sld Zulfadilah bin Haji Latip