BOLKIAH GARISON, Rabu 26 November 2014 – Seramai 50 orang penyelia-penyelia pegawai dan kakitangan awam serta anggota tentera yang mempunyai kakitangan awam dibawah jagaan mereka telah diberikan satu taklimat pada pagi ini mengenai dengan Peraturan-Peraturan Am Penggal B (Kelakuan dan Tatatertib) 1961. 

Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Pentadbir Tingkat Khas di Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Pg Mohd Bakhtiar bin Pg Haji Ibrahim.

Sebanyak tiga perkara telah disampaikan semasa taklimat ini iaitu Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 19/1988, Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib) Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Penggal 83 dan juga Surat – Surat Keliling yang berkaitan.

Tujuan taklimat ini adalah untuk mengingatkan pegawai dan kakitangan mengenai peraturan-peraturan tatatertib; meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kesedaran dan kepatuhan tehadap peraturan-peraturan dan amalan-amalan yang mengawal tingkah-laku serta untuk lebih memahami kesalahan-kesalahan disipilin dan seterusnya mengambil tindakan berdasarkan peraturan tatatertib yang berkuatkuasa pada masa ini.

Taklimat ini telah dikendalikan oleh Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Kementerian Pertahanan yang berlangsung di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah.