RIMBA, Sabtu 31 Mei 2014 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Ahli-Ahli Kerabat Diraja berkenan melawat ke Pameran Statik yang disembahkan oleh Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
Di pameran statik ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyaksikan pelbagai kelengkapan dan keupayaan ketenteraan dan fasiliti dari TDDB.
Di kesempatan ini juga orang ramai yang berkunjung ke Pameran Statik TDDB turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan Kebawah Duli Yang Mulia, Duli Yang Teramat Mulia dan Ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain.




