BOLKIAH GARISON, Jumaat 30 Mei 2014 – Majlis Khatam Al-Quran bagi Askar Wanita peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-53 tahun telah diadakan di Surau Kementerian Pertahanan, Bol​kiah Garison petang ini.

Majlis di hadiri oleh Lt Kol Hajah Asnah binte Haji Metamit selaku tetamu kehormat majlis. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB kanan, PTB-PTB rendah askar wanita semua unit ABDB.

Pembaca-pembaca Khatam Al-Quran terdiri daripada semua unit ABDB. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, diteruskan dengan bacaan ayat-ayat lazim.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk melahirkan warga-warga ABDB khasnya Askar Wanita yang celik Al-Quran dan membaca Al-Quran dengan mempelajarinya serta diikuti amalan membacanya.​