BOLKIAH GARISON, Rabu 4 Jun 2014 – Askar Wanita Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Kejohanan Bola Jaring Askar Wanita Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2014/2015 yang mana berlangsung selama 2 hari bermula dari 3 Jun hingga 4 Jun 2014 bertempat di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison.

Adapun tujuan kejohanan tersebut diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dan memilih pemain-pemain yang berkebolehan untuk mewakili pasukan ABDB ke peringkat Kementerian-kementerian dan peringkat Kebangsaan.

Hadir di acara kejohanan selaku tetamu kehormat bagi Upacara Pembukaan kejohanan pada 3 Mei 2014 ialah Mejar Dk Hjh Nor Rahimah binti Pg Haji Ismail, manakala tetamu kehormat bagi Upacara Penutup kejohanan pada 04 Mei 2014 ialah Mejar (U) Hjh Suriani binti Haji Junaidi. 

Kemuncak Kejohonan yang berlangsung pada petang kelmarin telah menobatkan Pasukan Wanita Kementerian Pertahanan sebagai Juara dan diikuti oleh Pasukan Wanita Institut Latihan ABDB sebagai Naib Juara. Manakala, Pasukan Wanita Tentera Darat Diraja Brunei mara di tempat ketiga.