BOLKIAH GARRISON, Friday 30 May 2014 – In uplifting the reading of Al-Quran among the officers and members of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), a Khatam Al-Quran ceremony in conjunction with the 53rd RBAF Anniversary was held at Ministry of Defence Surau, Bolkiah Garrison.
The ceremony was conducted as a religious event to be instilled to spur the 53rd RBAF Anniversary celebration this year and marked the end of reading the Quran recitation by 53 times that began early this year by the officers and personnel of RBAF in the Surau and RBAF Garrisons and Camps.
This year’s Khatam Al-Quran ceremony gathered Al-Quran readers from RBAF units of the Ministry of Defence, Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force, RBAF Training Institute, RBAF Defence Academy and Special Forces Regiment.
Present at the event were the Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Seri Pahlawan Mohd Tawih bin Abdullah, RBAF Commander, members of Defence Executive Committee Military Directors, Senior Officers, the officers and members and staff of the Ministry of Defence and RBAF.





53 KALI KHATAM SEMPENA HUT ABDB KE 53 TAHUN
BOLKIAH BOLKIAH, Jumaat 30 Mei 2014 –
Sebagai memartabatkan pembacaan Al-Quran dikalangan para pegawai serta
anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Majlis Khatam Al-Quran
sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-53 telah diadakan di Surau
Kementerian Pertahanan di Bolkiah Garison.
Majlis
Khatam Al-Quran diadakan sebagai acara keagamaan yang telah dirancang
untuk menyemarakkan Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-53 dan menandakan
tamatnya pembacaan Al-Quran sebanyak 53 kali khatam yang telah bermula
pada bulan September 2013 oleh para pegawai dan anggota ABDB di seluruh
Surau Garison dan Perkhemahan ABDB.
Majlis
Khatam Al-Quran pada tahun ini di laksanakan dengan menghimpunkan
pembaca-pembaca Al-Quran dari unit-unit ABDB yang terdiri daripada
Kementerian Pertahanan, Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja
Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Institut Latihan ABDB, Akademi
Pertahanan ABDB dan Regimen Pasukan Khas.
Hadir
di majlis ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa
bin Haji Sirat, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral
Dato Seri Pahlawan Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB,
ahli-ahli Komiti Eksekutif Pertahanan, Pengarah-pengarah Tentera,
Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota dan
kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.