BANDAR SERI BEGAWAN, Monday 12 May 2014 - A recital of Surah Yassin and tahlil ceremony for the late parents of His Majesty the Sultan Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman was held this morning by the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in conjunction of the upcoming RBAF 53rd Anniversary.


The religious ceremony was held at the Royal Mausoleum Building was intended to seek mercy and blessings from  Allah Subhannahu Wata’ala upon the departed father and mother of His Majesty the Sultan Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. It also seek all personnel of the Ministry Defence and RBAF to inculcate passion and reminisce the contribution by the late Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien for the formation of RBAF on 31st May 1961 which was formerly known as Brunei Malay Regiment (AMB).

Among those present at the ceremony were Deputy Minister of Defence Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, RBAF Commander Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Seri Pahlawan Mohd Tawih bin Abdullah, Permanent Secretary (Defence Policy and Development), Deputy Permanent Secretary, Deputy Commander of RBAF,  Services Commanders, Commandants, Military and Civilian Directors, Senior Officers, Officers, military personnel and staffs of Ministry of Defence. 

Reading of the Surah Yassin and tahlil in this ceremony was led by Ustaz Ruslan bin Haji Sulaiman, Senior Religious Officer at the Ministry of Defence. Similar ceremonies will also be organised all RBAF units and Training Institute RBAF.




MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN HUT ABDB KE 53


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 12 Mei 2014 -
Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar
‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad
Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti
Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman telah diadakan
sempena Sambutan Hari Ulang tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
(ABDB) yang ke 53 Tahun Peringkat Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis
diadakan di Bangunan Kubah Makam Diraja bertujuan bagi memohon Kurnia
Limpah Rahmat Allah Subhannahu Wataala keatas Almarhum Ayahanda dan
Bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.


Ianya juga bertujuan untuk menanamkan sifat kasih dan ingatan
sekalian Warga Kementerian Pertahanan dan ABDB  diatas sumbangan yang
diberikan oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien dalam usaha baginda kepada penubuhan ABDB yang dahulunya
dikenali dengan nama Askar Melayu Brunei (AMB) pada 31 Mei 1961.

Antara
yang hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pertahanan,
Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Pemerintah ABDB Yang
Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Mohd
Tawih bin Abdullah, Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan &
Pembangunan) dan Timbalan Setiausaha Tetap, Timbalan Pemerintah ABDB,
Komandan-komandan, Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam, Pegawai-Pegawai
Kanan, Pegawai-Pegawai, serta Anggota Tentera dan Kakitangan Awam
Kementerian Pertahanan. 

Bacaan
Surah Yassin dan Tahlil dipimpin oleh Ustaz Ruslan bin Haji Sulaiman,
Pegawai Ugama Kanan Kementerian Pertahanan. Majlis yang sama akan turut
dilaksanakan bagi peringkat Angkatan Tentera dan Institut Latihan ABDB.​