MUARA, Friday 4 March 2011 - Royal Brunei Navy today received a visit by the Chief of Navy Republic of Singapore Navy, Rear Admiral Chew Men Leong as part of farewell visit to friendly navies.
During the tenure of Rear Admiral, he contributed profoundly to the enhancement of the long standing relationship and bilateral cooperation between the Royal Brunei Navy and the Republic of Singapore Navy where both navies regularly send its personnel for bilateral exercises, training, bilateral exchange program, meetings and seminars.
Consequently this visit was also meant to bridge their friendship they have built during his tenure.
Rear Admiral Chew Men Leong and delegation arrived in Brunei Darussalam yesterday evening Wednesday, 3 March 2011 for a three-day farewell visit.

Tentera Laut Diraja Brunei petang ini telah menerima kunjungan
perpisahan daripada Pemerintah Tentera Laut Republik Singapura, Rear
Admiral Chew Men Leong dalam rangka lawatan perpisahannya ke angkatan
sahabat.
Sejurus ketibaan Rear
Admiral Chew Men Leong di Tentera Laut Diraja Brunei, beliau telah
menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri dari
anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei.
Ini
diikuti dengan kunjungan perpisahan kepada Pemerintah Tentera Laut
Diraja Brunei, Kolonel (L) Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah.
Rear
Admiral Chew Men Leong juga telah mengadakan kunjungan perpisahan
kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji
Sirat dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja, Mejar Jeneral Dato
Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato
Seri Paduka Haji Abidin.
Disepanjang
perkhidmatan Rear Admiral, beliau telah banyak menyumbang kearah
peningkatan kerjasama dibidang ketenteraan bagi kedua-dua Angkatan
Tentera Laut. Kunjungan perpisahan ini bertujuan untuk meneruskan
hubungan dua hala di antara Tentera Laut Diraja Brunei dan Tentera Laut
Republik Singapura dimana kedua angkatan laut ini kerap terlibat di
dalam latihan dua hala, kursus, program pertukaran dua hala, mesyuarat
dan seminar. Pada masa yang sama kunjungan ini juga merupakan rangka
kerja untuk mengekalkan persahabatan yang sudah sekian lama dibina
disepanjang perkhidmatan beliau.
Rear
Admiral Chew Men Leong dan rombongan tiba ke Negara Brunei Darussalam
semalam hari Rabu 3 Mac 2011 untuk mengadakan kunjungan perpisahan
selama tiga hari.