BOLKIAH GARRISON, Monday 30 May 2011 – His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Senior Minister at the Prime Minister’s Office, General of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) consented to attend a “Doa Kesyukuran” ceremony held at the Ministry of Defence surau in Bolkiah Garrion this evening.

The thanksgiving or “Doa Kesyukuran,” held in celebration of the Royal Brunei Armed Forces Golden Jubilee, saw His Royal Highness welcomed by the Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat,  RBAF Commander, Major General Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Permanent Secretary of Defence, Deputy Commander of RBAF, Deputy Permanent Secretaries of Defence, Service Commanders, Senior Officers of Ministry of Defence and RBAF.

The ceremony began with the recital of al-Quran verse followed by the mass Magrib prayer, then the reading of ‘Wirid’ and ‘Doa, ‘Surah Yassin and Tahlil’ and ‘Doa Kesyukuran’.

The ceremony proceeded with the mass Isya’ prayer, then the “junjung ziarah” before HRH Prince General Hj Al-Muhtadee Billah proceeded to the Officers’ Mess for the “santap” and photo session. After the ‘Doa Selamat’ as read at the end of the event, His Royal Highness consented to sign the Royal Parchment.

The “Doa Kesyukuran” ceremony is one of the religious activities meant to seek blessings from Allah Subhannahu Wa ta’ala for the RBAF 50th anniversary celebration at the Berakas Garrison tomorrow with the presence of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. This year’s anniversary theme is “Defending My Country Brunei Darussalam”. 





DYTM Jeneral ABDB Berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran Jubli Emas HUT ABDB Ke-50

BOLKIAH GARRISON, 30 Mei 2011 
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral
Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah,
Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB berkenan
berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Emas Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diadakan lewat petang ini di Surau
Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Keberangkatan
Duli Yang Teramat Mulia di Surau Berakas Garison dijunjung oleh
Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat,
Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya
Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Setiausaha Tetap Kementerian
Pertahanan, Timbalan Pemerintah ABDB, Timbalan-Timbalan Setiausaha
Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera,
Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis
di mulakan dengan bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran diikuti dengan
Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, bacaan Wirid dan Doa, surah Yassin
dan Tahlil serta Doa Kesyukuran.

Acara diteruskan lagi
dengan Sembahyang Fardhu Isya berjemaah, diikuti dengan junjung ziarah
Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia sebelum berangkat ke Mes
Pegawai bagi majlis santap malam serta sesi bergambar ramai. Setelah Doa
Selamat dibacakan di penghujung acara, Duli Yang Teramat Mulia berkenan
menandatangani Lembaran Kenangan Diraja.

Majlis
doa Kesyukuran berkenaan merupakan salah satu acara agama bertujuan
untuk memohon keberkatan dari Allah Subhannahu Wa ta’ala bagi sambutan
Hari Ulang Tahun ABDB yang ke-50 esok di Berakas Garison dengan
keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Tema sambutan pada tahun
ini ialah “Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam.”