
BERAKAS GARISSON, Wednesday 11 May 2011 - KOWIRA held a roadshow yesterday for members of the Defence Ministry and the Bolkiah Garrison. The roadshow focused its presentation on Islamic Insurance. KOWIRA is an agent for the Islamic Takaful TAIB since 2009.
There are many advantages when using KOWIRA TAIB Islamic Insurance, part of it is its competitive price when compared to prices from outside other insurance agents, offers a 30% discount to all members of the RBAF. The insurance can be managed from any KOWIRA store and this makes KOWIRA insurance management easier without leaving the camp, wasting time and energy. In addition, the purchase of Insurance Islam TAIB KOWIRA installments can be handled through payroll deduction of 2 months.



Pihak KOWIRA telah mengadakan jerayawara bagi anggota-anggota
Kementerian Pertahanan dan juga Bolkiah Garison semalam. Jerayawara ini
menumpukan taklimatnya kepada Insurans Islam . KOWIRA telah menjadi agen
bagi Takaful Islam TAIB sejak tahun 2009.
Banyak kelebihan
apabila mengunakan Insurans Islam TAIB KOWIRA ini, sebahagian
daripadanya adalah harga yang kompetitif, dibanding harga agen-agen
insurans di luar, dengan memberikan diskaun 30% kepada semua anggota
ABDB. Insuran ini boleh diuruskan daripada setiap kedai runcit KOWIRA
dan dengan ini menjadikan pengurusan insuran menjadi mudah tanpa keluar
perkemahan dan membuang masa dan tenaga. Selain dari itu, pembelian
Insuran Islam TAIB KOWIRA boleh dikendalikan secara bayaran ansuran 2
bulan potongan melalui gaji.
memang dikenali sebagai sebuah koperasi ABDB yang mengendalikan
perniagaan kedai runcit, kedai gunting dan kantin. Adalah menjadi salah
satu objektif utama KOWIRA untuk memberikan kemudahan kepada
anggota-anggota ABDB dan ahli keluarga mereka terutama sekali yang
tinggal dalam perkemahan.
daripada kedai runcit, kedai gunting dan kantin; KOWIRA juga ingin
sentiasa meneroka ke perniagaan yang lain demi sentiasa memberikan
kemudahan kepada anggota ABDB.
masa ini juga KOWIRA sentiasa meningkatkan prestasi kedai runcitnya dan
ingin mempromosikan Skim Berhutang Kedai Runcit KOWIRA (Skim KBK).
Dalam masa-masa anggota ABDB menjalani tugas yang melibatkan beberapa
hari, ahli keluarga pemegang akaun skim ini akan boleh membeli barangan
keperluan rumah tanpa melibatkan kas dan pembayaran, cuma dikenakan
secara potongan gaji dipenghujung bulan. Bagi pemegang akaun Skim KBK
yang menggunakan sepenuhnya akan dapat membeli beras, gula dan
sebagainya dengan harga yang murah. Promosi-promosi baru akan sentiasa
diadakan setiap masa.
usaha mempertingkatkan barisan produk dalam kedai runcit, KOWIRA
sekarang dalam usaha mengambil barangan produk Giant daripada pihak
Hypermart Giant. Barangan Giant yang terkenal dengan kualiti dan harga
yang murah akan ada dirak-rak KOWIRA dalam sedikit masa lagi.
satu lagi inisiatif KOWIRA dalam mempelbagaikan perniagaan dan
memberikan kemudahan kepada anggota ABDB adalah mengadakan perniagaan
secara `Affiliates’ dengan kedai-kedai luaran yang berpakaran.
dengan kedai buku diadakan sejak tahun 2010, terutama sekali bertujuan
untuk semasa musim persekolahan baru. Anggota ABDB boleh membeli
buku-buku dan peralatan sekolah dengan menggunakan Skim KBK dan potongan
ansuran melalui gaji. Ini juga akan sama terjadi kepada usahasama
dengan sebuah bengkel kereta, padamana anggota ABDB akan boleh
memperbaiki kereta, perkhidmatan tayar dan `servicing’ dengan
menggunakan Skim KBK. Usahasama dengan bengkel kereta masih dalam proses
dan akan dilancarkan tidak lama lagi.