BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday 3 September 2017 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to participate in the “Riadah Berbasikal Keputeraan 2017” or Royal Birthday Cycling Recreation 2017, which was held in conjunction with His Majesty’s 71st Birthday Celebration.
Also present were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office and other members of the Royal family.
The event was organised by the Ministry of Culture, Youth and Sports in collaboration with the Ministry of Home Affairs, Ministry of Development, Ministry of Religious Affairs, Ministry of Communications and Ministry of Health with the involvement of other ministries and the Brunei Darussalam Cycling Federation.
In addition to marking His Majesty’s 71st Birthday Celebration, the event was held to encourage an active sporting lifestyle and to also foster national unity and solidarity through the participation of sports.
The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) displayed their strong enthusiasm for the event, where 426 personnel, including their families, participated in the joyous occasion.
Among the participating cyclists were the Acting Commander of the RBAF, Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud, Service Commanders and senior officers and staff from the Ministry of Defence and RBAF.
The RBK 2017 started and ended at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien in the capital, where the route passed through the main roads comprising Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Jalan Kianggeh, Jalan Sekolah, Jalan Kumbang Pasang, Jalan Perdana Menteri, Jalan Dato Haji Basir and Jalan Sultan.




KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI RIADAH BERBASIKAL KEPUTERAAN 2017
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad 3 September 2017 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli menyertai acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2017 yang bersempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-71 tahun.
Turut hadir ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan ahli-ahli kerabat Diraja.
Acara ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bersama-sama dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Perhubungan dan Kementerian Kesihatan serta penglibatan semua kementerian yang lain dan juga Persekutuan Basikal Brunei Darussalam.
Acara ini mengambil sukut baik Sambutan Hari Keputeraan Baginda ke-71 tahun dan juga bermatlamat bagi menggalakkan gaya hidup sukan aktif serta memupuk semangat perpaduan di antara masyarakat melalui penyertaan sukan.
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mempamerkan semangat yang kuat, di mana 426 anggota termasuk keluarga, mengambil bahagian dalam acara meriah itu.
Antara peserta pengayuh basikal ialah Pemangku Pemerintah ABDB, Brigedier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud, Pemerintah-Pemerintah Tentera, Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan daripada Kementerian Pertahanan and ABDB.
Riadah Berbasikal Keputeraan 2017 bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dan melintasi jalan-jalan utama, antaranya Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Jalan Kianggeh, Jalan Sekolah, Jalan Kumbang Pasang, Jalan Perdana Menteri, Jalan Dato Haji Basir dan Jalan Sultan.