MUARA, Tuesday, 29 August 2017 – The Royal Brunei Navy (RBN) ship KDB DARUSSALAM apprehended a foreign trawler conducting illegal fishing activities in Brunei waters, at approximately 9 nautical miles north of Fairley oilfield. Eight fishermen were onboard the trawler.

The trawler and all the fishermen were brought back and handed over to Marine Police the following day in the presence of the Fisheries Department. This is the second foreign fishing vessel apprehended by the RBN within 3 days.



KAPAL ASING DITANGKAP MENGERJAKAN PENANGKAPAN IKAN SECARA HARAM

MUARA, Selasa, 29 Ogos 2017 – Kapal Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) KDB DARUSSALAM telah menahan sebuah kapal nelayan asing sedang menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan Brunei, kira-kira 9 batu nautika utara dari pelantar minyak Fairley. Seramai 8 nelayan asing didapati di dalam kapal tersebut.

Kapal dan kesemua nelayan asing itu dibawa balik dan diserahkan kepada Polis Marin keesukan hari yang juga disaksikan oleh Jabatan Perikanan. Ini adalah kapal asing kedua yang telah ditahan oleh TLDB dalam tempoh 3 hari.