REPUBLIC OF SINGAPORE, Tuesday, 29 August 2017 – A sending-off ceremony was held yesterday at the Air Movement Centre, Rimba Air Force Base for the Royal Brunei Air Force (RBAirF) airmen of No. 2 Wing.

A total of 34 personnel from No. 2 Wing and a personnel from the Medical Reception Service, led by Major (U) Amierul Halpi bin Talip, Officer Commanding of 238 Squadron, No. 2 Wing RBAirF, departed for the Republic of Singapore for a two-week long annual bilateral exercise. Codenamed ‘Ex AIRGUARD 23/2017’, the exercise between the RBAirF and Republic of Singapore Air Force (RSAF) is conducted from 28 August 2017 to 11 September 2017.


The 23rd series of the Ex AIRGUARD commenced this morning at the 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion (18 DA Bn) in Chong Pang Camp, Singapore. Officiating the opening ceremony was Senior Lieutenant Colonel (SLTC) Kenneth Chiong Beng Han, Commander Divisional Air Defence Group, as the Guest of Honour.  Also in attendance were LTC Tan Swee Kiat, Commanding Officer 18 DA Bn and the representative from RBAirF, Major (U) Haji Habil bin Haji Adol, Deputy Commanding Officer No. 2 Wing, RBAirF.

This year’s exercise focuses on the Joint Planning of Combined Air Defence Operations, and will involve about 70 personnel from both the Air Forces, engaging in air defence missions.


Ex AIRGUARD, which was inaugurated in 1994, presents a valuable platform for the airmen of both air forces to strengthen their close working relationship through sharing of experiences, knowledge and professional exchanges. In addition, the RBAirF and RSAF also interact regularly through other various activities, including visits and courses which have deepened the warm and longstanding relationship between the two air forces.


The closing ceremony is set to be held at the SAFTI LFA Training Shed 1 and will be presided by both the RBAirF Commander of Operations Group, Lt Col (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, and Commander Divisional Air Defence Group, SLTC Kenneth Chiong Beng Han. Brigadier General Jonathan Tan Chin Kwang, Commander Participation Command, RSAF will be present as the witnessing officer.





TUDB MENYERTAI LATIHAN DUA HALA ‘EX AIRGUARD 23/2017

REPUBLIK SINGAPURA, Selasa 29 Ogos 2017 – Majlis Pemergian dan Doa Selamat telahpun diadakan di Pusat Pergerakan Udara, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) bagi anggota-anggota No. 2 Wing, TUDB.

Seramai 34 orang anggota dari No. 2 Wing dan seorang anggota dari Pusat Perkhidmatan Perubatan yang diketuai oleh Mejar (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Memerintah Skuadron 238, No. 2 Wing TUDB, telah berangkat ke Republik Singapura bagi menyertai eksesais dua hala tahunan selama dua minggu. Dinamakan ‘Ex AIRGUARD 23/2017’, eksesais di antara TUDB dengan Tentera Udara Republik Singapura (TURS) bermula pada 28 Ogos 2017 hingga 11 September 2017.

Latihan ke-23 dalam siri Ex AIRGUARD telah dirasmikan pagi tadi di 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion (18 DA Bn), Perkhemahan Chong Pang, Republik Singapura. Majlis Pembukaan tersebut telah dirasmikan oleh SLTC Kenneth Chiong Beng Han, Pemerintah Divisional Air Defence Group, sebagai Tetamu Kehormat. Turut hadir ialah LTC Tan Swee Kiat, Pegawai Pemerintah 18 DA Bn dan Mejar (U) Haji Habil bin Haji Adol, Timbalan Pegawai Pemerintah No. 2 Wing, TUDB sebagai wakil daripada TUDB.

Latihan pada tahun ini menumpukan kepada Perancangan Bersama Gabungan Operasi Pertahanan Udara dan melibatkan seramai 70 anggota dari kedua Tentera Udara.


Ex AIRGUARD, yang dirasmikan semenjak tahun 1994, adalah satu landasan bagi anggota daripada kedua belah pihak dalam mengukuhkan persahabatan dan mengeratkan lagi hubungan kerja melalui perkongsian pengalaman, pengetahuan dan pertukaran profesional. Selain itu juga, TUDB dan TURS berinteraksi secara teratur melalui pelbagai aktiviti lain, termasuk lawatan dan kursus yang telah memperdalam hubungan erat dan akrab antara kedua-dua tentera udara.

Majlis Penutup Ex AIRGUARD 23/17 akan dikendalikan di Padang Tembak SAFTI, Singapura dan dihadiri oleh Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB, Leftenan Kolonel (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman bersama Pemerintah Divisional Air Group TURS, SLTC Kenneth Chiong Beng Han. Turut hadir bagi majlis tersebut adalah Brigedier Jeneral Jonathan Tan Chin Kwang, Pemerintah Participation Command, TURS.