BERAKAS GARRISON, Thursday, 24 August 2017 – The Women Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Cross Country Competition for 2016/2017 was held this morning at the Mini Stadium, Berakas Camp.
The competition consisted of two race categories, the individual 8-km Open and the 8-km Team. Participants in the competition included runners from the Ministry of Defence (MINDEF), Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Training Institute of RBAF (TI RBAF).
The RBLF team came in first place in the team category, whereas MINDEF as the runner-up and TI RBAF team in third place. Present for the award ceremony was Lieutenant Colonel Hajah Nooridah binti Haji Ibrahim, Staff Officer of the Directorate of Personnel, Ministry of Defence, as the Guest of Honour.
The Cross-Country Championship is an annual event aimed to improve the fitness and also to foster healthy competitiveness amongst the women in the Royal Brunei Armed Forces.




TDDB JUARA KEJOHANAN RENTAS DESA ASKAR WANITA PERINGKAT ABDB
BERAKAS GARISON, Khamis 24 Ogos 2017 – Kejohanan Rentas Desa Askar Wanita Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi Tahun 2017/2018 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Mini Stadium, Berakas Garison.
Kejohanan Rentas Desa ini mempertandingkan dua kategori iaitu kategori individu 8-km terbuka dan juga kategori 8-km berpasukan. Peserta dalam perlawanan tersebut terdiri dari anggota-anggota Kementerian Pertahanan, Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei dan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Juara bagi kategori berpasukan dimenangi oleh Tentera Darat Diraja Brunei, manakala tempat kedua dan ketiga disandang oleh Kementerian Pertahanan dan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Hadiah-hadiah pemenang perlawanan telah disampaikan oleh Leftenan Kolonel Nooridah binti Haji Ibrahim, Pegawai Turus Keanggotaan, selaku tetamu kehormat majlis.
Kejohanan rentas desa ini merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kekuatan jasmani dan kecergasan fizikal serta memupuk daya saing yang sihat.