BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 19 August 2017 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to bestow Brunei Darussalam State Honorary Decorations to 35 officers and personnel of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and one civilian officer of the Ministry of Defence in an Investiture Ceremony held at the Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman this afternoon.
The state decorations were awarded in conjunction with His Majesty’s 71st Birthday celebrations.
Also in attendance at the ceremony were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office; His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah; and His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik.
The State Decorations awarded to the deserving recipients were the Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B) and Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B)
Present at the event were Yang Amat Mulia Pengiran Cheterias, Cabinet Ministers, Members of Councils, Deputy Ministers, Pengiran Peranakan, Pehin Manteris, Manteri Pedalaman, High Commissioners, Foreign Ambassadors, Permanent Secretaries, Heads of Departments and Senior Government Officers, as well as Mukim Penghulus and Village Chiefs.





KDYMM KURNIA BINTANG KEBESARAN NEGARA KEPADA PEGAWAI DAN ANGGOTA KEMENTERIAN PERTAHANAN & ABDB
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 19 Ogos 2017 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada seramai 35 pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang pegawai awam Kementerian Pertahanan di Majlis Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman petang ini.
Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam adalah sempena Hari Keputeraan KDYMM Ke-71 Tahun.
Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.
Bintang-Bintang Kebesaran Negara yang dikurniakan kepada para penerima adalah Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B) dan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B)
Turut hadir di Majlis Istiadat Pengurniaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri, Manteri-Manteri Pendalaman, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu-penghulu Mukim serta Ketua-ketua Kampung.