ISTANA NURUL IMAN, Thursday, 3 August 2017 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) has consented to receive in audience His Excellency General Surapong Suwana-Adth, Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces (RTARF).

Present at the audience ceremony were First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence; Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF); Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Md Yunos, Permanent Secretary, Prime Minister’s Office; Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, the Permanent Secretary of the Ministry of Defence; and His Excellency Mr. Biravij Suwanpradhes, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Thailand to Brunei Darussalam.

In a separate audience at the Istana Nurul Iman, Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam also consented to receive in audience the spouse of Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces (RTARF), Mrs. Vanvimol Suwana-Adth. She was accompanied by the spouse of the Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Pg Datin Nuur’Izzah Nabilah binti Pg Haji Ahmad Mahdi Al-Sufri.

In 1999, Brunei Darussalam and Thailand signed an agreement to cooperate in areas of training, human resource development and exchange of visits, in which defence has grown to be an important part of the overall bilateral ties.

The goodwill visit by His Excellency General Surapong Suwana-Adth aims to further strengthen the professional bilateral ties and defence cooperation between the two armed forces.

The audience ceremony took place this afternoon at Istana Nurul Iman.

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA  SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP CHIEF OF DEFENCE FORCES, ROYAL THAI ARMED FORCES

ISTANA NURUL IMAN, Thursday, 3rd August 2017 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Jeneral Surapong Suwana-Adth, Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces (RTARF).

Hadir di majlis mengadap ialah Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan; Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Md Yunos, Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri; Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; dan Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam.

Sementara di majis mengadap berasingan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti    Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap isteri kepada Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces (RTARF), Vanvimol Suwana-Adth. Beliau diiringi oleh isteri Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pg Datin Nuur’Izzah Nabilah binti Pg Haji Ahmad Mahdi Al-Sufri.

Pada tahun 1999, Negara Brunei Darussalam dan Thailand telah menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dalam bidang latihan, pembangunan sumber manusia dan pertukaran lawatan, di mana peningkatan kerjasama pertahanan telah menjadi satu aspek penting dalam hubungan dua hala secara keseluruhannya di antara Negara Brunei Darussalam dan Thailand.

Lawatan muhibbah oleh Tuan Yang Terutama Jeneral Surapong Suwana-Adth bertujuan untuk terus mengekalkan hubungan dua hala yang professional dan kerjasama pertahanan di antara kedua-dua angkatan tentera.

Majlis mengadap berlangsung petang ini di Istana Nurul Iman.