BOLKIAH GARRISON, Wednesday 19 July 2017 – First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence today received Rear Admiral Lew Chuen Hong, the new Chief of the Republic of Singapore Navy (RSN) who is currently on an introductory two-day visit to the country.

During the courtesy call, the Deputy Minister of Defence took the opportunity to congratulate Rear Admiral Lew Chuen Hong on the recent Golden Jubilee of the RSN, in which the Royal Brunei Navy also participated in. He further highlighted the significance of the visit in ensuring the continuity of strong navy-to-navy relations with the Royal Brunei Navy that will undoubtedly add further value to the wider state of bilateral defence relations between both countries.

In general, the robust defence relationship between the two countries has been manifested through regular exchange of visits, dialogues, meetings, military exercises, trainings, courses, exhibitions and various forms of development and interaction programmes.  

Rear Admiral Lew Chuen Hong was appointed as the RSN’s Chief of Navy on 16 June 2017, taking over from Rear Admiral Lai Chung Han.



TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PANGLIMA ANGKATAN LAUT SINGAPURA YANG BARU

BOLKIAH GARISON, Rabu 19 July 2017 – Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan telah menerima kunjungan hormat dari Laksamana Muda Lew Chuen Hong, Panglima Angkatan Laut Republik Singapura yang sedang mengadakan lawatan pengenalan selama dua hari ke negara ini.

Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Laksamana Muda Lew Chuen atas Sambutan Jubli Emas RSN baru-baru ini, di mana Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) turut mengambil bahagian. Beliau juga menekankan kepentingan lawatan berkenaan dalam memastikan kesinambungan hubungan dengan TLDB untuk menambah nilai lagi kepada hubungan pertahanan dua hala secara keseluruhannya di antara kedua-dua negara.

Secara amnya, perhubungan pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Singapura telah diperkukuhkan melalui pelbagai aktiviti seperti pertukaran lawatan, dialog, mesyuarat-mesyuarat, latihan ketenteraan, kursus-kursus, pameran pertahanan antarabangsa dan program pembangunan diri dan interaksi.

Laksamana Muda Lew Chuen Hong dilantik sebagai Panglima Angkatan Laut pada 16 Jun 2017, mengambil-alih daripada Laksamana Muda Lai Chung Han.