BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 5 July 2017 – First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Acting Minister of Defence received a courtesy call from Yang Berbahagia Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Secretary General of Defence, Ministry of Defence of Malaysia, who is in the country for the 18th Brunei Darussalam-Malaysia Joint Defence Working Committee (JDWC) meeting.
During the call, the Acting Minister of Defence expressed pleasure at the successful continuation of the JDWC meeting between Brunei Darussalam and Malaysia which serves as a productive avenue for senior defence officials to hold discussions on bilateral defence cooperation. Both sides also took the opportunity to reaffirm their commitment to continue efforts in enhancing the excellent relations between the two countries.
The JDWC between Brunei Darussalam and Malaysia was established through the Memorandum of Understanding on Defence Cooperation signed on 14 February 1992, in Kuala Lumpur, Malaysia. The MoU serves as a framework for fostering closer defence relations and cooperation between the defence establishments and armed forces of both countries.


PEMANGKU MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KETUA DELEGASI MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERTAHANAN BERSAMA DI ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN MALAYSIA YANG KE-18
BOLKIAH GARISON, Rabu, 5 Julai 2017 – Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Pemangku Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Berbahagia Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia, yang sedang berada di Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia yang ke-18.
Semasa kunjungan tersebut, Pemangku Menteri Pertahanan telah merakamkan rasa puas hati ke atas kesinambungan mesyuarat pertahanan tersebut yang merupakan sebuah platform yang produktif bagi pegawai-pegawai kanan untuk mengadakan perbincangan mengenai kerjasama pertahanan secara dua hala. Kedua-dua belah pihak juga turut mengesahkan komitmen untuk meneruskan usaha ke arah mempertingkatkan hubungan pertahanan di antara Brunei Darussalam dan Malaysia.
Mesyuarat JKPB di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah ditubuhkan melalui Perjanjian Persefahaman Kerjasama Pertahanan yang ditandatangani pada 14 Februari 1992 di Kuala Lumpur, Malaysia. Perjanjian ini merupakan rangka kerja untuk menjalinkan hubungan pertahanan yang lebih erat serta kerjasama di antara penubuhan pertahanan dan angkatan tentera kedua-dua buah negara.