BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 1 July 2017 – The National Flag hoisting ceremony to mark the start of nationwide celebrations of the 71st birthday of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was held today at the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex’s open area in the capital.

Twenty personnel from the Royal Brunei Navy (RBN), led by Lieutenant Junior Grade Awangku Mohd Fadhil bin Pg Haji Ali, marched into the ceremonial ground where they received the National Flag from the Guest of Honour, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara.

The National Flag hoisting ceremony also marks the beginning for the citizens and residents of Brunei Darussalam to fly the Bruneian flag at their residences, public and private premises nationwide. Flying the national flag nationwide during the period of His Majesty’s birthday celebration brings the people together in the spirit of patriotism, as well as, strengthens the love for the monarchy and country.


UPACARA MENAIKKAN BENDERA SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 71 TAHUN



BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Julai 2017 – Acara menaikkan bendera besar menandakan sambutan senegara Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam yang ke-71 telah berlangsung di kawasan lapang berdekatan bangunan Komplex Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Seramai 20 orang anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei yang diketuai oleh Leftenan Madya Awangku Mohd Fadhil bin Pg Haji Ali menerima bendera besar dari tetamu kehormat, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara.

Acara menaikkan bendera besar ini menandakan bagi permulaan untuk menaikkan bendera kebangsaan di rumah-rumah serta premis kerajaan dan swasta di seluruh negara. Dengan ini juga, ianya diharapkan menyatukan rakyat dalam semangat patriotisme serta meningkatkan cinta terhadap raja dan negara.