BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday 14 June 2017 – In celebration of the Royal Brunei Navy’s (RBN) 52nd anniversary, a Tahlil ceremony was held to honour the late parents of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam at the Royal Mausoleum.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Yassin and Tahlil led by Major Ariffin bin Amit, Assistant Head of Religious Department Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
Subsequently, the RBN also held a Khatam Al-Quran Ceremony, Doa Kesyukuran and mass Zohor prayers at Surau Al-Huda at the Muara Naval Base.
Present at both events was the Commander of RBN, First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad. Also present were senior officers, officers, and non-commissioned personnel of RBN.
The RBN was formed on 14 June 1965 as the Boat Section. It later grew to be the First Flotilla, Royal Brunei Malay Regiment/RBAF. On 1 October 1991, with the reorganisation of the RBAF, the First Flotilla was named the Royal Brunei Navy.

TLDB MERAIKAN ULANG TAHUN KE 52 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 14 Jun 2017 – Dalam menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Brunei yang ke 52, majlis tahlil telah diadakan bagi paduka ayahanda dan paduka bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Kubah Makam Diraja.
Majlis tahlil dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang diketuai oleh Mejar Ariffin bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Sambutan ulang tahun ini diteruskan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran, Doa Kesyukuran dan solat berjemaah Fardhu Zuhur di Surau Al-Huda di Pangkalan Tentera Laut Muara.
Kedua-dua acara majlis keagamaan ini telah dihadiri oleh Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, pegawai-pegawai kanan, pegawai, dan anggot-anggota TLDB.
TLDB telah ditubuhkan pada 14 Jun 1965 sebagai Seksyen Bot. Ia kemudian berkembang menjadi yang Flotilla Pertama, Rejimen Askar Melayu Brunei/ ABDB. Pada 1 Oktober 1991, dengan penyusunan semula ABDB, Flotilla Pertama dinamakan Tentera Laut Diraja Brunei.