BOLKIAH GARRISON, Friday, 26 May 2017 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) has consented for the promotion of His Royal Highness 920 Acting Captain Prince ‘Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah to Substantive Captain (Udara) in the Royal Brunei Air Force. This promotion took effect on 9 May 2017.
Last year, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces consented to promote and put on the rank insignia of an Acting Captain on His Royal Highness in a ceremony held at the Bolkiah Garrison Officers’ Mess on 31 August 2016. The promotion was effective as of 9 May 2016.
His Royal Highness is an outstanding military officer with a career path that began as an Officer Cadet undergoing basic
training at the Royal Military Academy Sandhurst (RMAS) which started on 9 May 2010.
He graduated from RMAS as a Second Lieutenant on 15 April 2011. His Royal Highness further progressed up the rank when he was promoted to Substantive Lieutenant on 9 July 2012. His Royal Highness is pursuing a career as a military pilot and successfully completed a seven-month Elementary Flying Training at Royal Air Force (RAF) Cranwell, United Kingdom on 28 April 2017.
His Royal Highness Captain (Udara) Prince ‘Abdul Mateen will join the Single Engine Rotary Wing (SERW) Flying Training at RAF Shawbury in the United Kingdom in September 2017 prior to qualifying as a helicopter pilot.

Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen
ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI DULI KAPTEN PENGIRAN MUDA ‘ABDUL MATEEN DINAIKKAN PANGKAT KE KAPTEN (UDARA) TETAP, TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
BOLKIAH GARISON, Juma’at, 26 Mei 2017 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah memperkenankan bagi Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Pemangku Kapten (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dinaikkan pangkat ke Kapten (Udara) Tetap bermula pada 9 Mei 2017.
Tahun lalu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Kenaikan Pangkat dan memasang lencana pangkat Pemangku Kapten ke atas Yang Teramat Mulia di majlis yang diadakan di Mes Pegawai Bolkiah Garison pada 31 Ogos 2016. Tarikh kenaikan pangkat tersebut telah berkuatkuasa pada 9 Mei 2016.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen merupakan pegawai tentera berkaliber dengan latar belakang kerjaya yang bermula sebagai seorang Pegawai Kadet yang mengikuti latihan asas ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst (Royal Military Academy Sandhurst – RMAS) pada 9 Mei 2010.
Setelah tamat latihan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS) pada 15 April 2011, Yang Teramat Mulia seterusnya dikurniakan kenaikan pangkat kepada Leftenan Tetap pada 9 Julai 2012. Yang Teramat Mulia menceburi bidang kerjaya sebagai seorang juruterbang tentera dan berjaya menamatkan Latihan Elementary Flying selama tujuh bulan di Royal Air Force (RAF) Cranwell, United Kingdom pada 28 April 2017.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen akan menjalani Latihan Penerbangan Single Engine Rotary Wing (SERW) di RAF Shawbury, United Kingdom pada bulan September 2017 sebagai persediaan untuk menjadi juruterbang helikopter.