BERAKAS GARRISON, Friday 12 May 2017 – The Ministry of Defence emerged as champions of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Football League 2017 after edging the Royal Brunei Air Force (RBAirF) 1-0 at the Mini Stadium, Berakas Garisson.
Present to handover the prizes was Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of RBAF.
The objective of the league was to assess and identify players who have potential to be called up to the RBAF Sports Council (MS ABDB) team at the ministry-level football league. The league also aims to promote a spirit of sportsmanship and encourage them to strive for the championship cup. The teams that also competed in the league were the Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy and Training Institute RBAF.
KEMENTERIAN PERTAHANAN MUNCUL JUARA LIGA BOLASEPAK ABDB 2017
BERAKAS GARISON, Jumaat 12 Mei 2017 – Pasukan bolasepak Kementerian Pertahanan muncul sebagai juara Liga Bolasepak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2017 setelah menewaskan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Mini Stadium, Berakas Garison.
Hadir bagi meyampaikan hadiah-hadiah ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB.
Kejohanan bolasepak itu bertujuan untuk menilai dan mengenalpasti pemain-pemain yang berpotensi untuk diserapkan dalam Pasukan Bolasepak Majlis Sukan ABDB (MS ABDB) dalam liga bolasepak peringkat kementerian. Liga tersebut juga dihasrat untuk memupuk semangat kesukanan dikalangan pemain-pemain untuk merebut piala kejohanan. Pasukan-pasukan yang juga menyertai kejohanan tersebut ialah daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei dan Institut Latihan ABDB.