MUARA, Thursday 11 May 2017 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and the Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), consented to award the Royal Brunei Navy (RBN) Command Badge to Vice Admiral Ronald Joseph S. Mercado, AFP, Flag Officer-in-Command, Philippine Navy in recognition for his service in enhancing naval relations between Brunei Darussalam and the Philippines.

The award was presented by Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of RBAF.

Vice Admiral Mercado took over the post as the 36th Flag Officer-in-Command of the Philippine Navy on 12 November 2016. Whilst in Brunei Darussalam, he also paid courtesy calls to the Deputy Minister of Defence, Commander of RBAF as well as Commander of RBN. 


FLAG OFFICER IN COMMAND PHILIPIINES NAVY DIANUGERAHKAN LENCANA PERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

MUARA, Khamis 11 Mei 2017 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menganugerahkan Lencana Perintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) kepada Flag Officer In Command Philippines Navy (FOIC PN) Laksamana Madya Ronald Joseph S. Mercado, AFP.

Penganugerahan tersebut merupakan penghargaan ke atas jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi hubungan di antara TLDB dan Tentera Laut Filipina.

Penganugerahan Lencana Perintah TLDB telah disempurnakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB di Markas TLDB Pangkalan Muara

Selepas acara tersebut, Laksamana Madya Ronald Joseph S. Mercado, AFP, turut membuat kunjungan hormat kepada Laksamana Pertama Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad, Pemerintah TLDB. Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TLDB mengucapkan tahniah kepada Laksamana Madya Ronald Joseph S. Mercado, AFP atas penganugerahan Lencana Perintah TLDB tersebut. Kedua-dua pihak juga membincangkan mengenai aktiviti-aktivit tentera laut di antara kedua-dua tentera laut dalam bidang eksesais dan latihan.

Semasa lawatan tiga hari beliau, Laksamana Madya Ronald Joseph S. Mercado, AFP juga membuat kunjungan-kunjungan hormat pengenalan kepada Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan dan Pemerintah ABDB. Laksamana Madya Ronald Joseph S. Mercado, AFP mengambil alih tugas sebagai FOIC PN pada 12 November 2016.