BERAKAS, Wednesday 10 May 2017 – The National Competition of Al-Quran Memorisation and its Understanding 1438 Hijrah continued today with the certificate presentation ceremony held at the International Convention Centre (ICC), Berakas.
Present as the guest of honour was the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.
The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by welcoming remarks by the co-chairman of the competition’s organising committee, Colonel Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commandant of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).
A total of 24 participants took part in the competition in their respective categories. Meanwhile students from the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Tahfiz Al-Quran Institute, Ministry of Religious Affairs and representatives of the RBAF also collaborated together to showcase a Tausyeh performance.
The results of the competition will be announced during the National Nuzul Al-Quran 1438 Hijrah celebration ceremony in the month of Ramadhan. The objective of the competition is to cultivate a love for the Al-Quran especially amongst youths and children and enable them to understand the Al-Quran better as well as to encourage reading the Al-Quran as a daily practice.






MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BAGI MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN
TAHUN 1438 HIJRAH
BERAKAS, Rabu, 10 Mei 2017 – Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1438 Hijrah diteruskan lagi dengan Majlis Penyampaian Sijil kepada para peserta dan hakim pertandingan pada pagi ini di, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (Bersara) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana majlis, Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
Seramai 24 orang peserta mengikuti pertandingan tersebut dalam kategori masing-masing. Majlis juga diserikan dengan persembahan Tausyeh dari penuntut-penuntut dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan wakil-wakil ABDB.
Keputusan Musabaqah akan dimaklumkan semasa Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1438 Hijrah yang akan diadakan pada bulan Ramadhan. Tujuan Musabaqah ini diadakan adalah untuk menggalakkan umat Islam di negara ini supaya berjinak-jinak mencintai Al-Quran melalui hafazan terutama kanak-kanak dan murid-murid serta menjadikan budaya membaca Al-Quran sebagai satu kebiasaan dan amalan hidup seharian.