BANDAR SERI BEGAWAN, 7 May 2017 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to participate in the mass cycling event “Kayuhan Keluarga Harmoni” or Harmonious Family Cycling held in the capital this morning. It was held in conjunction with Brunei Darussalam’s 6th National Family Day 2017 celebration.

Also present were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office and other members of the Royal family.

Among the participating cyclists were 460 personnel from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) including their families, led by the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.

Also taking part were the Commander of the RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Permanent Secretary of Defence, Captain (Retired) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries and senior officers and staff from the Ministry of Defence and RBAF.

The 12.35-kilometre cycling route started off from Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, trailing through major roads such as Jalan Pretty; Jalan Elizabeth Dua; Jalan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien; Jalan Kianggeh; Jalan Sekolah; Jalan Kumbang Pasang; Jalan Gadong; Jalan Perdana Menteri; Jalan Stadium; Jalan Pertahanan; Jalan Lapangan Terbang; Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien; and back to Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien as the finishing line.

The National Family Day 2017 celebration this year is themed “Keluargaku Penyayang Negara Gemilang” that emphasises the importance of having a loving and united family, based on values of considerateness, mutual respect and good communication with one another. This is the foundation upon which the future of society and the country is built.





KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI KAYUHAN KELUARGA HARMONI 2017

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei 2017 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli menyertai acara Riadah berbasikal Kayuhan Keluarga Harmoni yang berlangsung di ibu negara hari ini. Acara tersebut diadakan bersempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) Ke-6, 2017.

Turut hadir ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan ahli-ahli kerabat Diraja.

Antara peserta pengayuh basikal ialah 460 anggota Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), bersama keluarga, yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (Bersara) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.

Juga turut serta ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Setiausaha Tetap Pertahanan, Kepten (Bersara) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Pemerintah-Pemerintah Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan daripada Kementerian Pertahanan and ABDB.

Jangka perjalanan berbasikal sejauh 12.35 kilometer bermula dari Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dan melalui beberapa batang jalan-jalan utama antaranya Jalan Pretty; Jalan Elizabeth Dua; Jalan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien; Jalan Kianggeh; Jalan Sekolah; Jalan Kumbang Pasang; Jalan Gadong; Jalan Perdana Menteri; Jalan Stadium; Jalan Pertahanan; Jalan Lapangan Terbang; Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien; dan kembali ke Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien sebagai garisan penutup.

 Sambutan HKK 2017 bagi tahun ini membawa tema ‘Keluargaku Penyayang Negara Gemilang’ yang menekankan kepentingan mempunyai keluarga penyayang dan bersatu padu, memeduli di antara satu sama lain, saling hormat menghormati, berkomunikasi dengan baik. Ini adalah nilai-nilai asas demi menjamin masa depan masyarakat dan negara.