TUTONG, Monday 27 March 2017 – Members of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Narcotics Control Main Committee, made a working visit to Al-Islah Drug Rehabilitation Centre, Narcotics Control Bureau (NCB), located at Kampong Kupang, Tutong.

Upon arrival at Al-Islah Drug Rehabilitation Centre, the delegation, led by First Admiral Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad, Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), also Chairman of the RBAF Narcotics Control Centre Committee, was welcomed by the Acting Director of NCB, Haji Mohd Jaffari bin Haji Mahadi along with the Commandant of Al-Islah Drug Rehabilitation Centre and NCB senior officers.

There was a briefing session conducted by NCB officers on the organisation structure, administration, management, facilities, roles, responsibilities and various rehabilitation programmes offered at the centre. The delegation also had the opportunity to tour the facility and to observe the activities conducted at the centre.

One of the objectives of the working visit was aimed at learning more about the types of programmes being offered at the centre and to strengthen the existing cooperation network between the RBAF and NCB.






AHLI-AHLI JAWATANKUASA PUSAT KAWALAN NARKOTIK ABDB MEMBUAT LAWATAN KERJA KE PUSAT AL-ISLAH, BIRO KAWALAN NARKOTIK

TUTONG, Isnin 27 Mac 2017 – Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat Kawalan Narkotik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JPKN ABDB) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik (BKN), bertempat di Kampong Kupang, Tutong.


Ketibaan rombongan JPKN ABDB yang diketuai oleh Laksamana Pertama Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), selaku Pengerusi JPKN ABDB dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah BKN, Haji Mohd Jaffari bin Haji Mahadi berserta Komandan Pusat Al-Islah dan Pegawai-Pegawai Kanan BKN.

Semasa lawatan tersebut, Badan JPKN ABDB turut mendengarkan taklimat mengenai struktur organisasi, pentadbiran, pengurusan, kemudahan, peranan, tanggungjawab dan beberapa program pemulihan yang ditawarkan oleh pusat berkenaan. Sejurus itu, rombongan juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi fasiliti dan aktiviti yang telah diungkayahkan di pusat berkenaan.


Salah satu matlamat lawatan kerja rombongan berkenaan adalah untuk mempelajari dan mengetahui program serta kaedah rawatan dan pemulihan yang dijalankan di pusat tersebut. Disamping itu juga, adalah bagi memperkukuhkan jaringan kerjasama yang sedia wujud di antara ABDB dan BKN.