BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 21 March 2017 – In an effort to raise awareness on financial independence among government officers and staffs, representatives from the Monetary Authority of Brunei Darussalam (AMBD) conducted a roadshow for the civilian officers and staff of the Ministry of Defence this morning.

The roadshow comprised of several briefings on the different functions of AMBD, including a presentation on the role and importance of the Credit Bureau, its services and the benefits of a credit report. AMBD’s representatives also discussed the Currency Order 2004 and shared means of becoming financially smart. The presentation also focused on  the risks involved with Get Rich Quick Schemes and ways to detect financial fraud.

This is one of the series of roadshows held by AMBD to government ministries and agencies with the objective of giving a better understanding on the roles of AMBD and raising financial literacy towards officers and staffs of the government agencies. Similar roadshows were also previously held at the Ministry of Finance, Ministry of Home Affairs, Ministry of Communication, Ministry of Development, Ministry of Education as well as Ministry of Culture, Youth and Sports.


A similar roadshow specifically for military officers and staff of the Royal Brunei Armed Forces will be held separately this Friday, 24 March 2017.








JERAYAWARA KESEDARAN KEWANGAN DI KEMENTERIAN PERTAHANAN

BOLKIAH GARISON, Selasa Mac 21, 2017 – Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebebasan kewangan di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan, wakil-wakil dari Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah menjalankan satu jerayawara bagi pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan pada pagi ini.

Jerayawara tersebut terdiri daripada beberapa taklimat mengenai fungsi yang berbeza AMBD, termasuk pembentangan mengenai peranan dan kepentingan Biro Kredit, serta perkhidmatan dan manfaat daripada laporan kredit. Wakil AMBD turut membincangkan Perintah Matawang 2004, dan mengongsikan langkah-langkah untuk menjadi celik  kewangan. Taklimat tersebut juga menjelaskan risiko penglibatan dengan Skim Cepat Kaya serta cara-cara untuk mengesan penipuan kewangan.

Jerayawara ini adalah salah satu siri pameran bergerak yang diadakan oleh AMBD kepada kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan dengan objektif untuk memberi pemahaman yang lebih baik mengenai peranan AMBD dan meningkatkan celik kewangan ke arah pegawai dan kakitangan agensi-agensi kerajaan. Jerayawara yang sama juga telah diadakan sebelum ini bagi pegawai dan kakitangan di Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Perhubungan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Taklimat yang sama juga akan diadakan khususnya bagi pegawai dan kakitangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada hari Jumaat, 24 Mac 2017.