BOLKIAH GARRISON, Monday, 6 March 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from General Dato’ Sri Zulkiple bin Haji Kassim, Commander of the Malaysian Army this afternoon.
During the call, RBAF Commander welcomed General Dato’ Sri Zulkiple bin Haji Kassim back to Brunei Darussalam and congratulated him for his recent appointment as the Commander of the Malaysian Army on 16th December 2016. Both sides reaffirmed the importance of the close bilateral relationship between the RBAF and the Malaysian Armed Forces (MAF), and discussed opportunities to explore potential areas to further enhance defence cooperation and interactions between the two armed forces, in particularly between the Royal Brunei Land Force (RBLF) and the Malaysian Army.
The RBAF Commander also expressed his gratitude and appreciation for the continuous support and contributions, in the form of personnel exchange and the sharing of knowledge as well as best practices between both armed forces.

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PANGLIMA TENTERA DARAT MALAYSIA
BOLKIAH GARISON, Isnin 6 Mac 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Jeneral Dato ‘Sri Zulkiple bin Haji Kassim, Panglima Tentera Darat Malaysia petang ini.
Semasa kunjungan hormat, Pemerintah ABDB mengalu-alukan Jeneral Dato ‘Sri Zulkiple bin Haji Kassim ke Negara Brunei Darussalam dan mengucapkan tahniah kepada beliau atas lantikan sebagai Panglima Tentera Darat Malaysia pada 16 Disember 2016. Kedua-dua pihak menegaskan kepentingan hubungan dua hala yang rapat antara ABDB dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan membincangkan peluang meneroka bidang yang berpotensi untuk meningkatkan lagi kerjasama dan interaksi pertahanan antara kedua-dua angkatan tentera, terutamanya di antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Pemerintah ABDB juga melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan di atas sokongan dan sumbangan yang berterusan, dalam bentuk pertukaran anggota dan perkongsian pengetahuan serta amalan terbaik antara kedua-dua angkatan tentera.