BOLKIAH GARRISON, Tuesday 28 February 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from Air Commodore Muhd Humayun Kabir, the Defence Adviser of the Republic of Bangladesh to Malaysia, accredited to Brunei Darussalam this afternoon.
During the call from Air Commodore Muhd Humayun Kabir, RBAF Commander congratulated him on his new appointment as the Defence Adviser to Malaysia, accredited to Brunei Darussalam and expressed his gratitude for the continued progression of the bilateral defence relationship between the RBAF and the Bangladesh Armed Forces through the exchanges of high-level visits and various other military interactions mainly in the form of courses, training and military exercises between the two armed forces.
The RBAF Commander also highlighted his interest and support for more interactions as well as cooperation with the Bangladesh Armed Forces in the future.

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PENASIHAT PERTAHANAN REPUBLIK BANGLADESH
Bolkiah Garison, Selasa 28 Februari 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Air Commodore Muhd Humayun Kabir, Penasihat Pertahanan daripada Republik Bangladesh ke Malaysia yang diakreditasikan ke Brunei Darussalam petang ini.
Semasa kunjungan hormat dari Air Commodore Muhd Humayun Kabir, Pemerintah ABDB mengucapkan tahniah di atas pelantikan baru beliau sebagai Penasihat Pertahanan ke Malaysia, yang diakreditasikan kepada Brunei Darussalam dan menyatakan penghargaan untuk kemajuan berterusan dalam hubungan pertahanan dua hala antara ABDB dan Angkatan Tentera Bangladesh melalui pertukaran lawatan dan pelbagai interaksi tentera yang lain terutamanya dalam bentuk kursus, latihan dan eksesais ketenteraan antara kedua-dua angkatan tentera.
Pemerintah ABDB juga menyatakan minat dan sokongan untuk lebih banyak interaksi serta kerjasama dengan Angkatan Tentera Bangladesh pada masa hadapan.