BOLKIAH GARRISON, Tuesday 28 February 2017 – The Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit received a courtesy call from Major General Charles A. Flynn, the Deputy Commanding General of the United States Army Pacific (USARPAC), who is in currently in the country for a two-day working visit.
During the call, both sides reaffirmed the importance of the close and friendly defence relationship between Brunei Darussalam and the United States and its positive contribution to the overall state of bilateral relations. Looking ahead, both sides reiterated their commitment to furthering the bilateral defence ties.
Existing platforms of defence cooperation, cemented under a Memorandum of Understanding signed on 29 November 1994, includes the exchanges of visits, military exercises, personnel training, as well as logistics cooperation.
Major General Flynn is the highest ranked military official to visit the country under the new United States administration in Washington since 20 January 2017, underscoring the continued commitment of the United States towards the security of the Asia-Pacific region.

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DEPUTY COMMANDING GENERAL, UNITED STATES ARMY PACIFIC
BOLKIAH GARISON, Selasa 28 Februari 2017 – Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit telah menerima kunjungan hormat daripada Mejar Jeneral Charles A. Flynn, Deputy Commanding General, United States Army Pacific (USARPAC), yang kini berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan selama dua hari.
Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak telah menggariskan kepentingan persahabatan dan hubungan mesra yang sedia ada dalam bidang pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat yang seterusnya memberikan sumbangan positif kepada hubungan dua hala secara keseluruhannya. Kedua belah pihak juga menekankan komitmen masing-masing ke arah memperkukuhkan lagi hubungan pertahanan.
Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat telah menandatangani Memorandum Persefahaman pada 29 November 1994 di mana kerjasama telah dipupuk melalui pelbagai landasan termasuk pertukaran lawatan, eksesais, latihan dan kursus, serta kerjasama dalam bidang logistik.
Secara amnya, lawatan ini mencerminkan komitmen yang berterusan dari Amerika Syarikat dalam penglibatannya di rantau Asia-Pasifik. Mejar Jeneral Flynn merupakan pegawai tentera yang tertinggi dari Amerika Syarikat untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara ini sejak pentadbiran baru di Amerika Syarikat pada 20 Januari yang lalu.