BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday 23 February 2017 – Over 150 participants from the Ministry of Defence this morning joined the tens of thousands march past and celebrated Brunei Darussalam’s 33rd National Day at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Leading the ministry’s march past was Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Captain (Retired) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN. Also taking part were Deputy Permanent Secretary (Technology), Captain (Retired) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, RBN, and Deputy Permanent Secretary (Finance and Administration), Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani as well as Directors and Senior Officers of the ministry.

Meanwhile more than 1,133 Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel joined the march past led by the Commander of Operations Group of the Royal Brunei Air Force, Colonel (U) Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim. RBAF personnel were also involved in the parade as several flag bearers who ushered a large sized version of Brunei Darussalam’s national flag as well as the RBAF Band who played patriotic songs throughout the celebration.

Over 23,000 participants from 133 teams took part in Brunei Darussalam’s 33rd National Day celebration this year that carries the theme Menjayakan Wawasan Negara.

 







KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-33

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 23 Feb 2017 – Lebih daripada 150 peserta daripada Kementerian Pertahanan pada pagi ini mengikuti acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 33 tahun di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Pasukan perbarisan Kementerian Pertahanan diketuai oleh Setiausaha Tetap, Kepten (B) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB. Turut serta ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi), Kepten (B) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, TLDB dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pentadbiran), Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani, Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.

Sementara itu, seramai 1,133 orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyertai acara perbarisan yang diketuai oleh Pemerintah Kumpulan Operasi, Tentera Udara Diraja Brunei, Kolonel (U) Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim.

Anggota ABDB juga terlibat dalam membawa bendera Negara Brunei Darussalam yang besar serta pasukan Pancaragam ABDB yang memainkan lagu-lagu patriotik negara.

Lebih 23,000 peserta daripada 133 pasukan telah mengikuti acara perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 pada tahun yang membawa tema “Menjayakan Wawasan Negara”.