BOLKIAH GARRISON, Tuesday 17 January 2017 – A delegation from the Singapore Armed Forces (SAF) led by Brigadier General Paul Chew, Director of Military Security Department, is currently in the country to conduct a three-day working visit.

As part of the visit, Brigadier General Paul Chew made a courtesy call to First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohammad Tamit, the Deputy Minister of Defence.

The call served as an apt opportunity for both sides to not only reflect on the excellent state of defence relations but also in finding new avenues to elevate the relationship, including in military security cooperation.

Brunei Darussalam and the Republic of Singapore marked their 40th anniversary of bilateral defence relations last year.






DELEGASI SAF KUNJUNGI KEMENTERIAN PERTAHANAN

BOLKIAH GARISON, Selasa 17 Januari 2017 – Sebuah delegasi dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang diketuai oleh Brigadier Jeneral Paul Chew, Director of Military Security Department, kini berada di Negara Brunei Darussalam untuk mengadakan lawatan kerja selama tiga hari.

Hari ini, Brigadier Paul Chew telah mengadakan kunjungan hormat kepada Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohammad Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan.

Pada kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak telah merakamkan rasa kegembiraan ke atas hubungan erat yang sudah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura dan seterusnya menggariskan kepentingan untuk meneroka kerjasama baru yang dapat diperkembangkan termasuk dalam bidang keselamatan tentera ke arah mengukuhkan jalinan pertahanan dan ketenteraan secara keseluruhannya.  

Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura telah menyambut ulang tahun hubungan pertahanan yang ke-40 pada tahun lepas.