TANAH JAMBU, Friday 13 January 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), today officiated the opening of the 7th Command and Staff Course (CSC) at the Defence Academy of the RBAF.
The course participants are from the RBAF, Royal Brunei Police Force (RBPF), Internal Security Department (ISD) as well as internationally from Australia, Bangladesh, China, India, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Oman, Pakistan, Philippines, Singapore, Thailand and United States of America.
Also present at the ceremony were the Acting Deputy Commissioner of the RBPF, Acting Deputy Director Operations of the ISD, as well as Services Commanders, Directors, Commandants, officers and staff of the RBAF Defence Academy.
The 40-week course, delivered in partnership with New Zealand’s Massey University, aims to broaden the professional and academic knowledge, develop command, analytical and communication skills of mid-level officers to prepare them for higher command and staff appointments.





KURSUS MAKTAB TURUS KALI KE-7 BERMULA
TANAH JAMBU, Jumaat 13 Januari 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah merasmikan pembukaan Kursus Maktab Turus kali ke-7 di Akademi Pertahanan ABDB.
Kursus tersebut disertai oleh pegawai-pegawai dari ABDB, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) serta pegawai-pegawai luar negara dari Australia, Bangladesh, China, India, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Oman, Pakistan, Filipina, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Pasukan PDB, Pemangku Timbalan Pengarah Operasi JKDN, dan juga Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah, Komandan-Komandan, pegawai-pegawai dan anggota Akademi Pertahanan ABDB.
Kursus berkenaan yang dijalankan selama 40 minggu dan disampaikan dengan kerjasama Universiti Massey New Zealand, bertujuan untuk meluaskan pengetahuan profesional dan akademik, mempertingkatkan kemahiran arahan, analisis dan komunikasi pegawai-pegawai peringkat pertengahan bagi mempersiap-sediakan mereka untuk jawatan-jawatan perintah dan staf yang lebih tinggi.